HADIAH PERCUTIAN MENANTI #AGODAHOSPITALITYCHAMPS


Baru sahaja usai sambutan Hari Memperingati Kekasih dan menjelang pula perayaan Chap Goh Mei (yang juga dikenali sebagai Hari Memperingat Kekasih Cina), perasaan cinta pastinya masih berlegar di udara! Untuk meneruskan semangat ini, Agoda meraikan perasaan cinta yang berbeza – cinta kepada kerjaya, terutamanya bagi mereka yang terlibat di dalam industri pelancongan, pengangkutan dan hospitaliti.

Sebagai platform percutian digital global, Agoda, menawarkan orang ramai akses yang mudah kepada lebih 2 juta tempat penginapan di serata dunia melalui rangkaian globalnya, dan memberi penghormatan kepada puluhan ribuan "Juara Hospitaliti (Hospitality Champs)" di Malaysia - mereka yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab mereka di luar bidang tugas dan menjadikan penginapan, hidangan atau perjalanan anda lebih sukar dilupakan, demi cinta kepada kerjaya mereka. Anda tahu siapa mereka, dia mungkin adalah pekerja yang mendapatkan anda tempat makan malam yang paling romantik, pekerja perkemasan yang memberikan sesuatu yang istimewa atau membantu menjadikan penginapan keluarga anda lebih selesa, atau tukang masak yang menyediakan telur dadar yang sempurna untuk sarapan anda atau Pengurus Besar hotel, yang memberikan tahap perkhidmatan yang lebih tinggi dan menjadikan pengalaman percutian anda lebih hebat – dia yang memberikan layanan umpama jutawan kepada anda; seperti andalah orang yang paling penting di dunia ini.

“Terdapat satu pegangan yang ketara di kalangan mereka di dalam sektor hospitaliti dan pelancongan, iaitu ia sebenarnya bukanlah perbuatan besar tetapi benda-benda kecil yang dilakukan oleh warga kerja hospitaliti yang mampu menceriakan hari tetamu mereka, dan menjadikan mereka lebih menonjol dan mendapat perhatian. Warga kerja sebeginilah yang memperjuangkan industri kita, melalui suka dan duka dengan memberikan perkhidmatan di luar bidang tugas sedia ada, demi satu misi di minda mereka – untuk menggembirakan tetamu dan menjadikan pengalaman mereka lebih sukar dilupakan,” kata Mr. Errol Cooke, Naib Presiden Perkhidmatan Rakan Niaga, Agoda.

“Kami di Agoda berhasrat untuk memberikan penghargaan kepada Juara-juara Hospitaliti, yang mempamerkan semangat yang berkobar-kobar, demi cintakan kerjaya dan para tetamu mereka menerusi kempen #AgodaHospitalityChamps. Orang ramai dialu-alukan untuk mencalonkan Juara Hospitaliti mereka dengan menceritakan bagaimana calon tersebut menjadikan percutian mereka menjadi lebih sukar dilupakan, agar dapat kami tawarkan kepada mereka ke percutian yang patut mereka nikmati,” jelas beliau.

Kempen #AgodaHospitalityChamps dilancarkan pada 18 Februari 2020, mengalu-alukan penduduk Malaysia untuk mencalonkan Juara Hospitaliti dan berkongsi cerita tentang mereka. Juara Hospitaliti Agoda boleh dicalonkan daripada sesiapa yang bekerja di dalam industri hospitaliti, sama ada di hotel atau pusat peranginan, pengangkutan termasuk syarikat penerbangan, bas, khidmat sewa kereta atau pemandu pelancong.

Layari https://bit.ly/3dgEFjd dan kongsikan pencalonan anda sekarang untuk peluang memenangi percutian bernilai ($750 AgodaCash) untuk setiap tiga calon terbaik, dan $250 AgodaCash untuk setiap peserta yang menghantarkan pencalonan terbaik.

Pencalonan dan penyertaan akan diadili berdasarkan tahap inspirasi, dapat menunjukkan kecemerlangan Juara Hospitaliti yang dicalonkan dalam perkhidmatannya atau telah berjasa di luar bidang tugas yang sedia ada dan mempamerkan standard yang luar biasa di dalam bidang hospitaliti, juga kejelasan penceritaan - kebolehan untuk menyampaikan cerita dengan cara yang menarik minat pembaca.

Setiap peserta hanya boleh mengemukakan satu pencalonan. Namun begitu, Juara Hospitaliti yang dicalonkan boleh menerima lebih daripada satu pencalonan.

Inilah hadiah-hadiah yang menjadi rebutan. Tiga Juara Hopitaliti dengan cerita yang paling menyentuh perasaan akan memenangi percutian bernilai RM3000 (USD750) dalam bentuk AgodaCash setiap satu, sah untuk tempahan penginapan di Agoda. Sementara itu, tiga peserta yang mencalonkan Juara Hospitaliti yang terpilih akan memenangi RM1000 (USD 250) dalam AgodaCash setiap satu.


Jadi, apa yang dinantikan lagi? Berilah balasan kepada budi baik yang telah ditaburkan oleh Juara Hospitaliti anda. Inilah platform yang penting untuk anda berikan penghargaan kepada Juara-juara Hospitaliti di seluruh negara Malaysia. Lakukannya segera kerana penyertaan hanya dibuka sehingga 4 Mac 2021. Pastikan suara anda didengari!

Maklumat lanjut tentang kempen #AgodaHospitalityChamps boleh didapati di pautan Google Form: https://bit.ly/3dgEFjd.


Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!