ANIMASI 3D LEMBU EMAS DI PAVILION KL SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

 

Sebagai peneraju dalam inovasi, Pavilion KL adalah bangunan pertama di Malaysia yang mempamerkan persembahan animasi 3D seekor Lembu Jantan Emas, mara ke hadapan dengan bertenaga untuk menyertai perang terhadap Covid-19 dan membawa kesejahteraan dan kemakmuran ke negara ini. 

Dipaparkan di atas paparan LED gergasi di Pavilion Elite, yang merupakan paparan terbesar di Bukit Bintang, animasi 3D ini bukan sahaja teah tular di media sosial Malaysia malah di serata dunia.

Lokasi yang terbaik untuk menyaksikan animasi 3D ini adalah dari Air Pancur Kristal, Pavilion KL dan ini akan bersiaran dari sekarang sehingga bulan Mac 2021 nanti. Paparan LED Pavilion Elite ini berukuran 60.8m lebar dan 21.5m tinggi, dengan jumlah saiz 1,310 meter persegi.

Animasi 3D Lembu Jantan Emas ini adalah sebahagian daripada kempen Tahun Baharu Cina Pavilion KL yang bertemakan ‘Blessings of Prosperity’. Sebuah patung Lembu Emas yang disahkan sebagai yang terbesar di Malaysia dengan ukuran 15 kaki tinggi dan 16 kaki panjang turut dipamerkan di Centre Court. 

Sebagai lambang kekuatan, Lembu Jantan Emas ini mara ke hadapan untuk menentang Covid-19, dan membawakan kesejahteraan dan kemakmuran di tahun 2021. Para pengunjung boleh menyaksikan Lembu Jantan Emas berputaran di Centre Court, Pavilion KL sehingga bulan Mac 2021.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING