TAMAN TEMA LUAR GENTING SKYWORLDS BAKAL DIBUKA DI 2021
Mr. Lee Thiam Kit, Ketua –Operasi Perniagaan dan Strategi, Resorts World Genting meletakkan kepingan terakhir untuk melengkapkan gambar suai padan peta Genting SkyWorlds. |
Sebagai tanda simbolik bagi pembukaan taman tema yang dinanti-nantikan di Asia Tenggara tahun ini, Resorts World Genting memperkenalkan logo Genting SkyWorlds secara rasmi pada hari ini. Acara maya secara langsung tersebut telah disaksikan oleh para tetamu undangan dan wakil media melalui platform persidangan video Zoom.Genting SkyWorlds bakal menjadi sebuah taman tema luar yang menguja dan mengasyikkan pada ketinggian enam ribu kaki dari aras laut. Ini turut menjadikan Genting SkyWorlds sebagai salah satu taman tema yang paling unik, bukan sahaja di rantau ini, malahan di peringkat global.
Dijadualkan untuk dibuka pada suku kedua tahun 2021, Genting SkyWorlds bakal membawa para pengunjung mengembara ke sembilan ‘alam’ yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan – Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio. Setiap ‘alam’ akan menampilkan pelbagai permainan dan tarikan untuk seisi keluarga. Tarikan-tarikan ini dirancang dan dicipta untuk menyemarakkan daya imaginasi melalui pengalaman imersif, seperti dibawakan terus-menerus dari babak-babak filem. Kunjungan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk membeli-belah, menjamu selera dan menikmati hiburan yang unik dan menyeluruh untuk seisi keluarga.
“Genting SkyWorlds merupakan hasil kerja keras bertahun lamanya dan dedikasi pasukan kami dan rakan kerjasama dari serata dunia. Kami hampir siap sedia. Kami sedang melaksanakan persiapan terakhir untuk taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara. Kami yakin kami akan dapat menawarkan pengalaman yang terbaik kepada para pengunjung sepanjang perjalanan ini,” kata Mr. Lee Thiam Kit, Ketua –Operasi Perniagaan dan Strategi, Resorts World Genting.
Logo Genting SkyWorlds yang baharu diperkenalkan menampilkan gabungan awan, lima bintang, dan fakad Genting SkyWorlds. Umpama permata di atas mahkota yang empuk, awan di dalam logo melambangkan persekitaran taman tema dan penawaran ‘tertinggi’ kepada para pengunjung. Lima bintang pula bermakna pengalaman premium yang ditawarkan oleh Genting SkyWorlds dan lima nilai teras jenama iaitu kerja keras, jujur, harmoni, setia dan prihatin. Sementara itu, warna-warni pada fakad Genting SkyWorlds di dalam logo bersinar, penuh inspirasi dan menyempurnakan pengembaraan fantasi.
Kerjasama Bertaraf Antarabangsa
Selain dari Hak Intelek (Intellectual Properties/IPs) asli dan menarik yang dimiliki sendiri, Genting SkyWorlds juga menggabungkan jenama dan IP daripada 20th Century Studios di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia, yang dijayakan melalui kerjasama strategik di antara Genting Malaysia dan 20th Century Studios. Antara IP yang ditampilkan ialah Ice Age, Nights at the Museum dan Planet of the Apes.
Mad Ramp Peak di Eagle Mountain – Rollercoaster dwi-kuasa pertama di dunia yang menawarkan pengalaman perlumbaan motosikal berkelajuan tinggi yang unik. |
Pemandangan udara Genting SkyWorlds yang memperlihatkan Eagle Mountain dan Mad Ramp Peak. |
Pemandangan udara Genting SkyWorlds yang memperlihatkan Lake of Dreams. |
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila layari www.gentingskyworlds.com atau hubungi talian 03-6101 1118.
Comments
Post a Comment