TUJU LUAHKAN RASA HATI DALAM LAGU BAHARU “JIWA PUSING”


Azree Zamree, atau lebih dikenali sebagai Tuju memulakan kerjaya seninya sebagai salah seorang anggota kumpulan Hip Hop terkenal, K-Clique. Namun begitu, semenjak kebelakangan ini Tuju sudah mula mencipta nama sebagai penyanyi solo. 

Tuju pernah terlibat dengan beberapa projek yang menggunakan khidmatnya sebagai penyanyi solo antaranya ‘X Missing U’ sebuah lagu duet bersama Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Yonnyboii yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 35. 

Selain daripada beraksi solo dan bersama K-Clique, Tuju turut beraksi secara duo dengan isterinya penyanyi rap wanita Loca dibawah nama pentas TUJULOCA, sehingga kini TUJULOCA pernah menghasilkan tiga single seperti ‘Naluri’, ‘Empati’ dan ‘Bintang’. Tahun lalu, Tuju berjaya mencuri perhatian peminat industri muzik apabila menyertai dan memenangi tempat ketiga dalam rancangan realiti misteri ‘The Masked Singer Malaysia’, sebuah program francais popular sedunia. 

Kini, sebagai permulaan kalendar seninya di tahun 2021, Tuju bakal melancarkan single terbaharunya berjudul “JIWA PUSING”. Single ini merupakan single pertamanya bersama Black Hat Cat Records.


“JIWA PUSING” merupakan ciptaan bersama Tuju dengan penerbit muzik dan pencipta lagu yang semakin meningkat naik, Mingaling dari kumpulan Hip Hop MassMusic. 

Lirik “JIWA PUSING” yang ditulis oleh Tuju ini, menceritakan tentang luahan hatinya sendiri tentang kehidupan. 

“JIWA PUSING adalah lagu suara hati, luahan hati, getar perasaan yang membuak-buak ingin keluar dari benak hati yang paling dalam. Saya mengambil beberapa lirik lama yang sudah lama dalam simpanan saya, lirik yang sangat membawa makna dalam hidup saya. Dalam lirik ini sendiri tertulis ‘Ku Tuju diri ku dalam lirik ini’ yang membawa maksud lagu ini merujuk kepada saya dan kehidupan saya ketika itu,” jelas Tuju maksud di sebalik lagu ini.


“JIWA PUSING” merupakan terbitan Black Hat Cat Records dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 19 FEBRUARI 2021.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM