KONSERT MAYA 'ITSU 360 CARE U' SASAR KUTIPAN AMAL RM500,000

 

Ramai rakyat Malaysia telah dapat merasai keterujaan konsert maya 360-darjah secara langsung tempatan yang pertama yang dibawakan khas oleh ITSU pada malam 20 Februari 2021. Menggunakan kuasa internet, ITSU telah mempersembahkan Konsert Maya “ITSU 360 Care U" secara langsung kepada para penonton tanpa perlu meninggalkan rumah mereka. Pandemik COVID-19 telah mengubah lanskap banyak industri, walau bagaimanapun ITSU dengan nekad, berjaya mengumpulkan artis-artis hebat tempatan dalam sebuah konsert secara langsung untuk menghiburkan rakyat Malaysia.

Konsert Maya Secara Langsung “ITSU 360 Care U" telah distrim dari Mega Star Arena, pada tepat jam 8 malam. Konsert ini dipersembahkan oleh ITSU, diuruskan oleh Amazing Group, disokong oleh Star Planet dan, turut dijayakan oleh HK ATV dan Bigo Live sebagai rakan pengstriman, dan Touch N Go eWallet sebagai rakan e-dompet rasmi. Acara gilang-gemilang ini menampilkan artis tempatan terkenal iaitu Ella Aminuddin, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Naim Daniel, Ernie Zakri, Ariff Bahran, Dolla dan Syamel.

Dihoskan oleh Azira Shafinaz, konsert maya ini menampilkan pandangan 360-darjah yang unik buat pertama kali di Malaysia dan distrim secara langsung melalui laman Youtube ITSU MY, Facebook ITSU WORLD, Facebook ITSU Indonesia, Facebook Amazing Creative Group, Facebook HK ATV, Facebook Star Planet, Bigo Live App, Shopee Live, Lazada Live serta, Laman Facebook, Instagram dan Youtube Touch n Go e wallet. Namun begitu, efek kamera 360-darjah hanya boleh dinikmati di laman YouTube ITSU MY sahaja.

Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu para pejuang barisan hadapan yang terkesan akibat situasi pandemik ini. Jumlah yang disasarkan adalah sebanyak RM500,000. Orang ramai boleh menderma dengan mengimbas kod QR Touch n Go ewallet yang dipaparkan semasa siaran langsung konsert tersebut. Persatuan Perubatan Islam Malaysia – IMAM telah dipilih sebagai benefisiari kepada tabung konsert amal ini.

“Konsert Maya ITSU 360 Care U adalah aktiviti pertama daripada pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami untuk membuat sumbangan kepada masyarakat. Kami gandingkan kempen baharu kami dengan konsert ini untuk menyebarkan perasaan prihatin dan penyayang di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya untuk pejuang barisan hadapan. Berikan sumbangan anda kepada tabung sokongan pejuang barisan hadapan yang telah banyak melakukan pengorbanan untuk menyelamatkan negara kita daripada ancamam Covid-19. 100% daripada sumbangan orang ramai akan disalurkan untuk membantu pejuang barisan hadapan di Persatuan Perubatan Islam Malaysia – IMAM,” kata Deric Mun, Pengarah Jualan Serantau dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat ITSU dalam ucapan pembukaan beliau.

Konsert telah dimulakan dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan popular, Dolla yang menyanyikan lagu hit mereka – Impikan.


Penyanyi kedua yang membuat persembahan adalah Aiman Tino, dengan lagu balada – Ku Hanya Sayang Pada Mu.


Sufian Suhaimi memilih lagu Di Matamu untuk dinyanyikan di konsert ini.


Ariff Bahran mendendangkan lagu Kata Akhirmu - OST Siri Drama Cinta Hati Batu 


Pemenang AJL ke-34, Naim Daniel membawakan lagu single terbaharunya - Purnama 


Ernie Zakri untuk memukau para penonton dengan lagu terbaharunya, Boneka.


Persembahan konsert diteruskan dengan Syamel dengan lagu single - Halusinasi.


Akhirnya, giliran Ratu rock Malaysia, Ella pula menguasai pentas dengan lagu malar segar beliau – Layar Impian.

Konsert yang berlangsung satu jam dan 30 minit mencapai kemuncak apabila Ella menjemput semua rakan-rakan artis yang lain kembali ke pentas untuk mendendangkan lagu ikonik, “Standing in the Eyes of the World”. Lagu ini dipilih kerana lirik lagu yang bermakna dengan bertemakan pengorbanan, kecekalan, ketabahan, harapan dan impian, pihak ITSU berharap dapat menyemarakkan lagi semangat orang ramai dan juga pejuang barisan hadapan agar kekal tabah untuk mengharung tempoh yang mencabar ini.

Rakaman Konsert Maya “ITSU 360 Care U" boleh ditonton di pelbagai platform. Orang ramai dialu-alukan untuk terus memberi sumbangan kepada dana bantuan pejuang barisan hadapan. Aktiviti mengumpul dana akan diteruskan selepas konsert sehingga 27 Februari 2021, jam 11:59 malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman-laman Facebook ITSU WORLD, ITSU Indonesia dan Amazing Creative Group.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA