SEDAPTV TAWAR KIT MAKANAN YANG SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN

 

Kalau nak makan biarlah sedap! Didorong oleh rasa cinta terhadap makanan Malaysia, SedapTV ditubuhkan pada bulan Jun 2019 sebagai satu platform yang menawarkan ratusan resipi Malaysia yang cepat dan mudah, ulasan yang jujur bagi makanan dan produk dan tidak lama lagi, sebuah aplikasi mudah alih yang menyenaraikan direktori perniagaan makanan.


“SedapTV telah dicipta untuk memperkenalkan pelbagai resepi masakan Malaysian kepada seluruh dunia melalui pelbagai platform. Misi kami adalah menjadikannya platform yang komprehensif dan segar bukan hanya untuk pencinta makanan dan aktiviti memasak malah sesiapa sahaja termasuk mereka yang terlibat dalam perniagaan makanan. SedapTV bukan sahaja menampilkan pelbagai kandungan yang hebat tentang makanan tetapi juga berusaha untuk menyokong industry ini, ”kata Elyna Effendi, Pengarah Urusan SedapTV.


SedapTV juga menjual Meal Kit, yang mengandungi ramuan-ramuan mengikut resepi yang sedia untuk dimasak. Mengambil kira gaya hidup keluarga yang sibuk dan kekangan pergerakan Ketika pandemik, SedapTV Meal Kit menawarkan solusi yang sempurna untuk menghasilkan makanan yang enak di rumah. Ia boleh dipesan dengan mudah dan boleh dihantar dalam masa 4 jam (tertakluk kepada terma & syarat). Kaedah ini juga mengelakkan pembaziran kerana ramuan-ramuan yang diperlukan disediakan dengan jumlah yang tepat.


Menu SedapTV Meal Kits yang terkini termasuk Ayam Mentega Telur Asin, Terung Sambal, Sup Bebola Ikan, Ayam Kukus dengan Halia dan Batik Puding yang berharga antara RM19 hingga RM26 (hidangan cukup untuk 2-3 orang). Buat masa ini, penghantaran Meal Kit ini hanya di sekitar Lembah Klang.



SedapTV juga bekerjasama dengan pelbagai jenama dalam industri makanan seperti MyChef, Thermomix dan Mahsuri. Mahsuri memberikan sebotol Kicap Manis Pedas 145ml untuk 60 pesanan pertama bagi SedapTV Meal Kit, mulai hari ini 18 Februari 2021. Sebagai bonus, SedapTV juga memberikan potongan 10% untuk semua produk SedapTV (tidak termasuk kos penghantaran) untuk pembelian dari 18 Februari - 28 Februari 2021 dengan menggunakan Kod Promosi: SEDAPTVLAUNCH di laman web SedapTV.



Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Laman sesawang - www.sedaptv.com

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM