MIX PERKENALKAN MUZIK TEMPATAN DARI TAHUN 90-AN HINGGA 2000



Rakyat Malaysia kini dapat menikmati muzik tempatan di MIX, antara jenama radio Inggeris tempatan terkemuka, menerusi ‘Malaysian Made on MIX’ yang merupakan sebahagian daripada kempen Sapot Lokal untuk memperkasakan muzik dan pemuzik tempatan.

Peminat akan dapat mendengar pelbagai lagu tempatan yang disukai dan popular dari tahun 90-an hingga 2000-an yang merangkumi pelbagai genre dan artis termasuk Resh, Too Phat, Disagree, Poetic Ammo, Estrella, Kyoto Protocol, Paperplane Pursuit dan banyak lagi.

Untuk memulakan ‘Malaysian Made on MIX’ pada 15 Februari, segmen MIX Breakfast akan menerima permintaan lagu para pendengar untuk lagu kegemaran mereka yang berbahasa Inggeris.

Peminat juga dapat menikmati temu bual dengan tetamu khas di segmen MIX Breakfast bersama Yuna, Joe Flizzow dan ramai lagi dari 16 hingga 19 Februari, 6 pagi hingga 10 pagi. Peminat boleh strim temu bual ini secara langsung melalui aplikasi SYOK atau ikuti laman media sosial MIX.

Priya Prabakaran, Pengurus Rangkaian Kandungan, Jenama Radio Inggeris, Astro Radio berkata, “Melalui ‘Malaysian Made on MIX’, Astro Radio berharap untuk terus memperkasakan industri muzik tempatan supaya lebih banyak muzik kegemaran dapat dihasilkan. Dengan mengambil kira pilihan lagu kesukaan dari demografi pendengar kami, kami gembira memberi mereka peluang menikmati lagu tempatan kesukaan mereka daripada zaman 90-an hingga 2000-an. Kami juga menantikan cadangan peminat kami untuk lagu tempatan kegemaran mereka, dan teruja untuk terus memainkan muzik terbaik hari ini di udara dan di aplikasi SYOK. "

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING