VIDEO SUNWAY BAWA HARAPAN BAHARU KEPADA KANAK-KANAK


Kumpulan Sunway telah melancarkan video animasi Tahun Baharu Cina yang tertajuk “Thriving in Shared Prosperity and Wisdom” yang memberi sorotan kepada kepentingan pendidikan berkualiti, harapan dan masa depan yang lebih cerah bagi semua.

Diinspirasikan dari kisah benar Chow Shenn Kuan, salah seorang penerima biasiswa khas Sunway (Sunway Special Scholarship) dari Yayasan Jeffrey Cheah, video ini mengetengahkan kesukaran untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti di kalangan kanak-kanak dari keluarga-keluarga berpendapatan bawah 40% (B40).

Video animasi ini mengikuti kehidupan dua orang gadis, Shenn and Irene, dari latar belakang keluarga yang berbeza. Jurang sosial dalam kehidupan mereka ditampilkan dalam rutin harian mereka dan keluarga mereka.

Walaupun kehidupan mereka berbeza, mereka telah menjalinkan persahabatan yang erat melalui minat yang sama, belajar dari satu sama lain dan yang paling penting, berkongsi.

Jom kita saksikan...


Comments

Popular posts from this blog

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA

SOARING CREATIVITY: PAVILION HONG KONG MERIAHKAN BOOKFEST @ MALAYSIA 2026

ORANG RAMAI BERATUR PANJANG DI SELURUH NEGARA KETIKA SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA BUTTERCRÈME LATTÉ PERCUMA DARIPADA ZUS COFFEE SEMPENA RAYA

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME