ASTRO FIRST SAJIKAN FILEM-FILEM HEBAT DI TAHUN BAHARU CINA


Istimewa di musim perayaan Tahun Baru Cina ini, Astro First bakal membawakan filem-filem menarik khas untuk tontonan anda seisi keluarga. Sarat dengan elemen komedi dan menghiburkan, aksi mendebarkan, seram, konflik, drama, pengembaraan dan percintaan, sambutan permulaan tahun baru dalam kalendar Lunar ini masih boleh diraikan dalam suasana penuh meriah, di sebalik amalan norma baharu yang diamalkan seluruh rakyat Malaysia pada ketika ini.

Filem-filem yang bakal menanti penonton di Astro First Saluran 480 dan di platform On Demand ini merentasi setiap bahasa; Melayu, Mandarin dan Tamil. Kemeriahan musim perayaan anda dimulakan dengan sekuel ‘Hantu Bonceng’ yang pernah merekodkan kutipan pecah panggung ketika pertama kali disiarkan lebih kurang sedekad yang lalu. Kini kembali dengan ‘Hantu Bonceng 2.0’, filem yang diungguli pelakon popular tanah air, Zizan Razak ini akan menemui peminat mulai 11 Februari. Pada hari yang sama juga, kami akan membawakan anda sebuah filem Tamil yang cukup mendebarkan berjudul, ‘Master’. Diikuti pula dengan ‘Maara’, arahan Dhilip Kumar dan sebuah filem Melayu arahan Jefry Talib, ‘Kenderaan Berat Ikut Kiri’ pada 18 Februari.

Meriahkan lagi sambutan perayaan anda dengan ‘Selamat Hari Tak Jadi’ yang menampilkan gandingan barisan pelakon hebat tanah air seperti Janna Nick, Aaron Aziz, Nasha Aziz dan ramai lagi pada 25 Februari. Istimewa buat adik-adik yang merindukan karakter animasi kesayangan ramai, jangan lupa temujanji anda bersama Didi, Nana, Jojo dan rakan-rakan menerusi ‘Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends’. Tambah menarik, Didi dan rakan-rakan akan membuat persembahan dengan ditemani selebriti terkemuka negara seperti Yuna, Hael Husaini dan Altimet! Juga, saksikan sebuah filem Mandarin bergenre aksi yang bakal ditayangkan pada 27 Februari ini berjudul, ‘The Rescue’. Dibintangi oleh Eddie Peng, Wang Yanlin, Xin Zhilei dan Lan Yingying, filem yang berkisar mengenai China Rescue & Salvage (CRS) ini diarahkan oleh Dante Lam, seorang pengarah popular Hong Kong yang terkenal dengan filem-filem suspen dan penuh mendebarkan.

Filem-filem istimewa bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan mula menemui pelanggan mulai 11 Februari 2021 di Astro First Saluran 480. Dengan hanya RM 15.00 (setiap judul filem), penonton boleh menonton filem yang dipilih secara berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ia juga boleh ditonton menerusi platform digital, On Demand.

 


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!