PELANCARAN KOLEKSI ALPHABET DUCK: SATU INSPIRASI TERSENDIRI


Kumpulan dUCk telah melancarkan secara rasmi Alphabet dUCk – iaitu koleksi tudung, beg, aksesori dan baju jumper terbaharu dan terbesarnya, yang membawakan 26 huruf abjad, dari A hingga Z. 

Mengambil inspirasi daripada makna di sebalik setiap huruf, D, persona di sebalik jenama dUCk dan koleksi Alphabet dUCk mengajak orang ramai mencari kekuatan diri sambil menghayati, dan menyerlahkan nama masing-masing dengan maksud “Benar-Benar menjadi Diri Sendiri”(“Truly be Yourself”) menerusi koleksi terbaharu ini.

Sebagai koleksi terbesar jenama mewah sehingga kini, dengan 26 fon yang direka bentuk secara unik untuk setiap huruf bagi setiap kategori produk, warna dipadankan oleh abjad untuk mencipta gaya pemakaian yang serba anggun. Sesungguhnya koleksi Alphabet dUCk memberi penghargaan kepada identiti dalam bentuk paling sejati dan menyeru si pemakai yang terpesona sedia menampilkan diri dalam kesibukan setiap hari.

Tudung Alphabet dUCk


Tudung Alphabet dUCk mengetengahkan gaya cetak fon yang direka khas untuk setiap abjad. Setiap tudung membawakan loket bergantung dUCk charm, bunga-bunga kecil yang memagari kesemua 26 huruf dalam warna-warna terang yang menarik hati. Janji dUCk menyerlahkan paparan huruf abjad yang benar-benar memperlihatkan diri anda sebenar!
  • Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z
  • Boleh didapati dalam bentuk Selendang (Panjang) dan Bawal (Segi Empat)
  • Disertakan dengan loket bergantung dUCk charm yang tersendiri
  • Dimuatkan di dalam kotak simpan khas
  • Fabrik: Sutera Satin
  • Harga: RM300

Alphabet dUCk Twilly


Alphabet dUCk Twilly membawakan gaya cetak fon yang direka khas untuk setiap huruf, menjadikannya teman yang sepadan untuk tudung Alphabet dUCk. Anda boleh mengikat penyeri fesyen ini pada tali beg sebagai hiasan, menggunakannya sebagai pengikat rambut, atau sebagai aksesori hiasan diri. Ia boleh didapati dalam kesemua dua puluh enam huruf abjad, dengan setiap twilly dihiasi loket bergantung dUCk charm yang menjadi lambang keanggunan kami untuk mempelbagaikan gaya anda.
  • Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z
  • Dimuatkan di dalam sampul
  • Fabrik: Sutera Satin
  • Harga: RM90

Beg Beli-Belah Alphabet dUCk


Serlahkan gaya diri anda dengan Beg Beli-Belah Alphabet dUCk. Diperbuat daripada kanvas dan bahan campuran Juco yang mesra alam, beg ini sesuai untuk mengisi barang dan makanan yang anda beli untuk mengurangkan penggunaan beg sekali guna. Anda juga tidak perlu risau untuk membawa barang basah kerana lapik dalamnya diperbuat daripada bahan kalis air. Jadi, gayakan beg ‘abjad’ anda ke mana-mana sambil berbangga untuk membantu melindungi bumi kita!
  • Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z
  • Lapik dalam kalis air
  • Bahan: Kanvas dan bahan campuran Juco
  • Saiz: P 34sm x L 43.5cm x D 16.5cm
  • Harga: RM55

Rantai Kunci Alphabet dUCk


Perlihatkan gaya menarik anda yang terpesona dengan Rantai Kunci Alphabet dUCk. Setiap huruf diperbuat daripada kulit buatan dengan reka coraknya yang tersendiri. Anda boleh menambah sentuhan peribadi kepada rantai kunci yang disertakan loket lambang dUCk dengan tag tersendiri ini! Semestinya unik buat paparan anda atau dijadikan sebagai hadiah istimewa untuk orang tersayang.
  • Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z
  • Disertakan dengan loket bergantung dUCk charm emas dan tag tersendiri yang boleh dicetak timbul di butik dUCk
  • Bahan: Kulit buatan dengan tekstur lembut
  • Saiz: P 14.5sm (termasuk cangkuk logam) x L 5sm
  • Harga: RM50

Baju Jumper Alphabet dUCk


Baju Jumper Alphabet dUCk cantik dipandang dan selesa dipakai. Fabrik lembut membuat anda rasa dingin, manakala poket tepi memastikan keperluan anda sentiasa bersama anda. Potongan bahu menjanjikan gaya dan penampilan yang menawan. Dipadankan dengan ukur panjang tidak simetri yang menjanjikan keselesaan dan kesopanan, anda pasti rasa benar-benar yakin menggayakan huruf abjad anda!
  • Boleh didapati dalam pelbagai warna dan reka corak A-Z
  • Boleh didapati dalam saiz S-XL
  • Gaya santai dan menawan dengan potongan leher tinggi, ukur panjang tidak simetri dengan bahagian belakang lebih panjang
  • Bahan: Jersi kapas bermutu tinggi
  • Harga: RM320
Koleksi Alphabet dUCk boleh didapati di fashionvalet.com, aplikasi FashionValet dan juga butik FashionValet dan dUCk yang terpilih. Orang ramai boleh membeli set kesemua 5 jenis produk termasuk Tudung, Twilly, Beg, Baju dan Rantai Kunci pada harga RM730, yang boleh didapati secara eksklusif dalam talian.

Senarai butik:
  • dUCk Pavilion
  • dUCk KLCC
  • dUCk Setia City Mall
  • dUCk IOI City Mall
  • dUCk One Utama
  • dUCk Haji Lane Singapore
  • FashionValet Bangsar Village
  • FashionValet Publika

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI