TINJAUAN OXWHITE - 70% WANITA LEBIH SELESA TANPA BRA DI RUMAH
Platform e-dagang popular Oxwhite telah melakukan tinjauan dalam kalangan komuniti Facebook tertutupnya seramai 23,000 mengenai wanita dan tabiat pemakaian baju dalam mereka.
Tinjauan menunjukkan bahawa 70% wanita memilih untuk tidak mengenakan pakaian dalam setiap kali mereka berada di rumah. Lebih 80% mengatakan bahawa pakaian dalam adalah perkara pertama yang mereka tanggalkan sebaik sahaja tiba di rumah. Ini adalah disebabkan oleh rasa tidak selesa akibat pemakaian bra untuk jangka masa yang panjang.
Tinjauan tersebut telah dijalankan sebelum pelancaran bra oleh Oxwhite pada bulan Ogos 2020. Empat bulan kemudian, data yang diperolehi kekal relevan oleh kerana lebih ramai wanita berada di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 13 Januari 2021.
Menurut Pakar Pembedahan Plastik Dr Johan Ruslan, kebiasaan ini boleh membawa kesan negatif kepada tubuh badan mereka oleh kerana berat payudara yang memberikan tekanan kepada bahagian pinggang. Bukan itu sahaja, kebiasaan ini juga akan mempercepatkan proses pengenduran bagi wanita dengan payudara yang lebih besar.
“"Walaupun tidak ada bukti kukuh bahawa penyebab payudara kendur adalah tidak memakai bra, pakaian dalam yang mempunyai fungsi sokongan dapat membantu memperlambat fenomena payudara kendur dan mengurangkan risiko kerosakan pada ligamen Cooper.
Sistem ligamen sokongan pada dada mempunyai dua bahagian iaitu ligamen suspensori dan ligamen suspensori payudara. Ligamen suspensori tidak mudah berubah dengan usia, kehamilan atau berat badan. Ligamen suspensori payudara pula adalah sebaliknya. Anda boleh ibaratkannya seperti gelang getah yang mudah kendur setelah terlalu lama ditarik atau menanggung beban.
Tambah beliau, sokongan pada dada adalah penting bagi wanita, bukan hanya untuk mengekalkan estetik tetapi lebih penting untuk mencegah sakit belakang.
"Ingat, payudara terdiri dari lemak, kelenjar dan tisu lemak, dan hanya kulit dan ligamen yang menyokongnya. Payudara mempunyai berat. Semakin besar saiz payudara, semakin berat. Wanita dengan saiz cawan D mungkin mempunyai payudara dengan berat lebih 1 kg! Ini akan menyebabkan banyak tekanan pada badan, terutama bahagian belakang,” kata Johan sambil menambah bahawa sekitar 80% wanita memakai jenis bra yang salah.
Sebanyak 70% wanita memakai bra yang terlalu kecil, sementara 10% memakai bra yang terlalu besar. Bra yang tidak sesuai tidak akan dapat memberikan sokongan yang mencukupi untuk mengagihkan berat payudara secara sama rata.
“Terdapat dua jenis bra.Yang pertama adalah untuk nilai estetika dan yang kedua adalah untuk sokongan. Bra bertujuan estetika tidak sesuai untuk pemakaian jangka panjang setiap hari kerana bra yang baik seharusnya dapat menampung berat payudara secara sama rata dan menyeluruh bagi mengelakkan tekanan kepada bahagian belakang. Selain itu, ia juga mesti membantu menyokong postur wanita agar otot dan tulang belakang yang relevan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menyokong payudada.
Bra Tanpa Kawat Dalam Norma Baharu
Menurut pengasas Oxwhite CK Chang, bra Oxwhite habis dijual dalam masa 3 minggu dari waktu pelancarannya pada Ogos 2020.
"Ini mungkin disebabkan oleh perhatian khusus yang diberikan dalam menghasilkan bra yang memberikan sokongan yang secukupnya sambil memaksimumkan keselesaan wanita sepanjang pemakaian," katanya.
Tambah Chang, untuk membuat bra yang selesa dipakai sepanjang hari, Oxwhite telah membuat keputusan untuk menyingkirkan penggunakan dawai, sebaliknya menggunakan kain poliamida dan elastane sebagai bahan yang kukuh dan lembut untuk kulit.
“Pun begitu, kita perlu ingat bahawa fungsi bra adalah untuk menyediakan sokongan dada dan belakang yang mencukupi. Oleh itu, kami memanfaatkan reka bentuk sayap berbentuk U di bahagian belakang, pemaut lebar dengan cangkuk 3 mata serta tali bahu boleh ubah untuk menyamaratakan beban payu dara di samping menyediakan sokongan bahagian belakang dan otot,” tambah beliau.
Comments
Post a Comment