NIKE & JOHOR DARUL TA’ZIM FC (JDT) PERKENAL KIT MUSIM 2021/2022


Diilham daripada warna bendera Johor, kit JDT kekal setia kepada identiti dan legasi kelab tersebut. Kit kelab JDT ini menampilkan teknologi proprietary Nike Dri-Fit yang membantu meningkatkan penyejatan peluh untuk memastikan para pemain kekal kering, selesa dan paling utamanya, pantas sepanjang perlawanan. Teknologi Performance Fit pula memberikan padanan yang lebih streamlined untuk memudahkan pergerakan dan kelincahan di atas padang.

Jersi HOME

“Memenangi tujuh kejuaraan berturut-turut bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia terhasil daripada semangat "unstoppable" pasukan kami yang tidak boleh dihalang di dalam dan di luar padang. Saya amat berbangga untuk memakai jersi dan mewakili bukan sahaja kelab tetapi seluruh komuniti JDT yang sentiasa menyokong kami. Jersi ini melambangkan identiti kolektif kami, untuk pemain di atas padang dan juga untuk penyokong di luar sana” kata pemain penyerang JDT, Safawi Rasid.

Jersi AWAY

Untuk menghargai para penyokong setia, kelab JDT juga akan menjual 500 helai jersi pemain versi AWAY buat kali pertama secara eksklusif di http://store.johorsoutherntigers.com.my



Jersi HOME yang baharu berharga MYR185 dan boleh didapati di Nike.com dan kedai-kedal jualan terpilih di Malaysia mulai Feb 26.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES