BATERI BIDET COWAY TAWARKAN CIRI PRAKTIKAL PEMBERSIHAN DIRI


Kebelakangan ini, isu kebersihan dan kesihatan amat dititikberatkan. Kini lebih ramai orang memberikan perhatian kepada kebersihan diri, termasuk kerap mencuci tangan dan mandi. Bagaimanapun, amalan menjaga kebersihan semasa menggunakan tandas masih belum diberi perhatian secukupnya kerana topik ini dipandang sebagai pantang larang sesetengah orang. Hakikatnya, kebersihan berkaitan tandas adalah sebahagian penting daripada rutin seharian kita.

Coway, pakar penjagaan air, udara dan kesejahteraan rumah berusaha menerajui teknologi dan Penyelidikan dan Pembangunan (Research & Development) menjaga kebersihan bilik air. Coway Malaysia melancarkan satu lagi hasil ciptaan serba canggih dengan memperkenalkan BATERI BIDET, alat pemancut air untuk membersihkan punggung dan bahagian sulit kita selepas membuang air. Dengan teknologi pintar BATERI BIDET Coway, urusan membersihkan diri kini lebih menyenangkan dengan penyelesaian yang bersih dan mudah digunakan ini.

“Kita hidup dalam masyarakat yang amat menggalakkan amalan ‘tanpa kertas’ – apa kata kita juga menerapkan amalan ini dalam penggunaan tandas? Selain mengurangkan penggunaan tisu tandas, bidet juga menjimatkan air. Pemancut air BATERI BIDET menyasarkan pembersihan sempurna lagi mudah, sambil mengurangkan pengunaan air daripada cara pembersihan biasa, seperti alat pancutan air pegangan tangan. Tambahan pula, bidet tidak menyebabkan percikan air merata-rata lantai, mencegah lantai bilik air basah dan mengurangkan kecederaan ‘tergelincir dan jatuh’ yang didapati menimpa satu daripada setiap tujuh rakyat Malaysia,” ujar Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Bidet juga menawarkan manfaat khusus lain yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan. Penggunaan bidet telah didapati mencegah dan menambah baik pengurusan jangkitan pundi kencing, buasir dan kebersihan semasa haid wanita, di samping menjaga kesihatan prostat dalam kalangan lelaki. Kawalan pintar bidet boleh menjanjikan pengalaman membersihkan diri yang memudahkan orang kurang upaya, warga emas, wanita hamil dan pesakit selepas pembedahan. Sementara itu, bidet juga didapati mencegah dan menangani pelbagai masalah seperti sembelit dan jangkitan saluran kencing. Di tandas awam pejabat atau pusat membeli-belah khas untuk kegunaan orang ramai, bidet dengan fungsi pembersihan diri sudah tentu membantu meningkatkan tahap kebersihan keseluruhan.

BATERI BIDET Coway yang mesra pengguna menawarkan pelbagai ciri praktikal. Fungsi pembersihan diri bidet membolehkannya dicuci secara automatik sebelum dan selepas digunakan untuk menjamin tahap kebersihan yang lebih tinggi. Panel satu sentuhan menawarkan kawalan mudah dan serba guna bagi beberapa posisi pembersihan, dua kawalan tekanan air dan empat penetapan arah air. Dikendalikan sepenuhnya dengan bateri, bidet ini boleh dipasang atas tandas anda tanpa soket dinding. Sementara itu, sensor tempat duduk membolehkan bidet untuk diaktifkan hanya apabila berat duduk manusia dikesan, mengelakkan percikan air tidak sengaja, terutamanya anak-anak kecil yang suka menekan setiap butang dan suis di rumah. Reka bentuk nipis dan fungsi BATERI BIDET Coway juga menjimatkan ruang dan menambah keanggunannya.

Tambahan lagi, pengguna akan mendapat manfaat tambahan perkhidmatan penyelenggaraan BATERI BIDET sekali setiap empat bulan, di mana pemancut bidet dibersihkan setiap kali penyelenggaraan untuk meningkatkan tahap kebersihan.


BATERI BIDET Coway sedia menjadi alat berguna di rumah anda menerusi skim penyewaan termampu hanya pada RM49 sebulan dan disediakan bersama perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk tempoh lima tahun. Di samping itu, anda juga boleh membeli secara langsung pada harga RM1,390, yang termasuk perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk satu tahun.

Orang ramai boleh mendapatkan BATERI BIDET Coway sekarang dengan promosi khas RM39 sebulan. Pelanggan boleh jimat sehingga RM600 dan menikmati perkhidmatan penyelenggaraan lima tahun percuma serta pemegang berus gigi dan ubat gigi eksklusif secara percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat selagi stok masih ada.

Oleh itu, rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman pembersihan sempurna lagi mudah dengan BATERI BIDET Coway! Untuk maklumat lanjut mengenai Coway dan produk pemenang anugerahnya, sila layari www.coway.com.my

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO