FOLLOW ME PERKENAL RANGKAIAN ANTI-BACTERIA BAGI KANAK-KANAK
Dalam kegigihan negara melawan COVID-19, tidak dapat dinafikan bahawa tekanan semakin bertambah terhadap ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka kekal selamat.
Meskipun mencuci dan menyahkuman tangan adalah kunci untuk perlindungan diri, kebanyakan produk antibakteria di pasaran dirumus untuk golongan dewasa dan mampu menyebabkan kulit kanak-kanak kering sehingga mengakibatkan kerengsaan serta kulit sensitif dengan penggunaan jangka panjang. Menyedari keperluan terhadap perlindungan yang lembut dan selamat untuk kanak-kanak, Follow Me dengan bangganya menampilkan rangkaian Follow Me Anti-Bacterial Kids yang dirumus khas bagi membersihkan dengan lembut serta melembapkan kulit kanak-kanak, di samping memberi perlindungan 99.99% terhadap bakteria.
Rangkaian Follow Me Anti-Bacterial Kids yang direka khusus untuk kanak-kanak tidak mengandungi sebarang komponen yang berbahaya, dan mampu melindungi kulit lembut kanak-kanak bagi memastikan waktu bermain serta pembelajaran yang selamat dan menyeronokkan. Rangkaian ini terdiri daripada Head To Toe Wash dalam dua varian (Bursting Melon dan Cutie Peach), cecair pembersih tangan (Hand Wash) dan cecair penyahkuman tangan (Hand Sanitizer) untuk perlindungan lembut yang menyeluruh. Ia sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas, di samping mengandungi ekstrak asli tumbuhan yang telah diuji oleh pakar dermatologi serta direka khusus tanpa bahan kimia bagi memastikan kulit anak-anak anda sihat secara semulajadi.
Kedua-dua Follow Me Anti-Bacterial Kids Head To Toe dan Hand Wash direka khusus untuk bebas daripada empat bahan perengsa utama: sabun, Triclosan, Paraben dan Pewarna; membolehkannya untuk mengekalkan keseimbangan pH dan mengelak kekeringan kulit kanak-kanak. Dengan menampilkan ciri-ciri pelembap yang melegakan, Head to Toe Wash mengandungi ekstrak Levender dan Bunga Kamomil sementara Hand Wash mengandungi Vitamin E dan A yang berkhasiat untuk kulit. Ibu bapa juga akan mendapati kandungan Aloe Vera dan Vitamin E dalam Follow Me Anti-Bacterial Kids Hand Sanitizer yang memberi 99.99% perlindungan terhadap bakteria.
Meskipun ibu bapa terus mendidik dan mengukuhkan lagi langkah pencegahan kepada anak-anak mereka, masih terdapat keperluan untuk anak-anak untuk kekal aktif dan sentiasa terhibur dengan selamat di rumah mereka. Bagaimanapun, untuk memastikan keselamatan anak-anak tatkala membiarkan mereka bebas meneroka adalah cabaran yang dihadapi ramai ibu bapa, kerana anak-anak yang sihat dan gembira adalah keutamaan setiap ibu bapa. Sehubungan dengan pelancaran ini, Follow Me ingin menggalakkan ibu bapa dan anak-anak untuk turut sama menikmati #FunWithFollowMe yang memastikan keselamatan diutamakan tanpa perlu berkompromi terhadap keseronokan dan kulit yang lembut.
“Sebagai ibu bapa, kami mahu anak-anak kami bebas meneroka, namun kami bimbang sekiranya mereka tidak mendapat perlindungan mencukupi terutamanya ketika peningkatan kes COVID-19. Dalam usaha berterusan kami untuk menggalakkan amalan kebersihan diri, terdapat kebimbangan tentang penggunaan bahan penyahkuman tangan dan sabun untuk mencuci tangan dengan kerap boleh menyebabkan kulit kanak-kanak yang lembut menjadi kering. Sebagai jenama yang sentiasa berinovasi, kami mengambil berat terhadap kebimbangan ini dan menghasilkan rangkaian Follow Me Anti-Bacterial Kids agar ibu bapa tidak perlu berkompromi antara perlindungan bakteria, bahan yang selamat dan waktu bermain kanak-kanak!” jelas Vicky Lim, Ketua Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd.
Rangkaian Follow Me Anti-Bacterial Kids dijual pada harga pasaran antara RM 5.50 ke RM 19.60 dan boleh didapati di pasar raya dan pasar raya besar terkemuka, serta platform perniagaan dalam talian Shopee dan Lazada.
Kenali lebih lanjut mengenai rangkaian Follow Me Anti-Bacterial Kids dengan melayari http://followme.com.my/. Untuk perkembangan terkini dan promosi, layari Facebook Follow Me di https://www.facebook.com/followmefollowlove.
Feature photo by: Water photo created by user18526052 - www.freepik.com
Comments
Post a Comment