IBCI BERHASRAT UNTUK TINGKATKAN PENDIDIKAN BIDANG KECANTIKAN


Dengan permintaan kecantikan dan estetika yang tinggi, industri kecantikan di Malaysia telah berkembang pesat dengan berbagai syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, terapi dan rawatan yang berkaitan dengan kecantikan atau estetik.

Sekiranya anda melalui mana-mana pusat membeli-belah atau pusat komersial di seluruh negara, anda pasti akan dihadapkan dengan berbagai pilihan dari kedai-kedai yang mempromosikan pelbagai perkhidmatan kecantikan - dari rawatan muka, penjagaan kuku, rawatan mencabut bulu badan hingga rawatan wajah dan badan yang rumit yang menggabungkan teknologi tinggi, dan mungkin merangkumi prosedur bukan invasif ataupun invasif. Menurut statistik, 38.9% pengguna, kebanyakannya berusia antara 18 hingga 40 tahun, menghabiskan antara RM 300 hingga RM 600 sebulan untuk meningkatkan penampilan mereka. Dan yang menariknya, industri kecantikan bukan lagi hanya domain pengguna wanita. Ia telah menjejak ke lapangan lelaki juga.

Malangnya, kebanyakan pengamal kecantikan atau pengusaha yang melayani pengguna ini jarang mempunyai bentuk latihan atau perakuan formal, untuk memastikan bahawa mereka layak untuk menjalankan perdagangan mereka atau dapat meyakinkan pelanggan mereka bahawa mereka mempunyai kemahiran yang mencukupi.

Darren Soo - Pengasa IBCI

Di sinilah International Beauty Certified Institute (IBCI) muncul. Di bawah pimpinan Darren Soo, perunding industri kecantikan yang berpengalaman, serta pengasas dan dekannya, IBCI berhasrat untuk memastikan bahawa semua pengamal kecantikan mempunyai pendidikan yang sempurna, memperoleh set kemahiran yang sesuai dan juga diperakui secara rasmi dalam bidang khas yang diamalkan oleh mereka.

Soo yang juga merupakan pengasas Unicorn Beauty Business School, mengasaskan IBCI tahun lalu, untuk memenuhi keperluan industri pendidikan kecantikan profesional dan juga untuk berkerjasama dengan kerajaan, dengan tujuan untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna dengan meningkatkan sistem pendidikan industri kecantikan. IBCI juga dikembangkan untuk mendefinisikan semula kesahan perniagaan dan standardisasi industri kecantikan dengan mewujudkan platform komunikasi canggih dan pintar untuk rakan sebaya dalam industri kecantikan. Visi keseluruhannya adalah untuk mewujudkan ekosistem industri kecantikan yang lebih produktif dan sihat, yang memfokuskan diri pada profesionalisme, keselamatan, kualiti dan keberkesanan, kesemuanya menjadi perhatian utama pengguna moden.

"Kami ingin menaiktarafkan semula sistem pendidikan dalam industri kecantikan ini." katakan Soo semasa sesi temu ramah kami baru-baru ini.

IBCI akan ditujukan kepada tiga segmen pendidikan iaitu peningkatan kemahiran kecantikan, pengurusan perniagaan kecantikan dan rangkaian teknologi kecantikan. Program yang diliputi akan merangkumi topik seperti Pendandan Rambut, Kosmetologi Perubatan, Kecantikan, Sulaman, Rawatan Kuku, Kosmetologi Perubatan Cina, Big Health dan Zeer.

IBCI kini bekerjasama dengan universiti tempatan, antaranya Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

IBCI kini bekerjasama dengan universiti tempatan seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan juga dengan pasaran luar negara yang juga merangkumi Filipina, sebuah negara yang terkenal dengan ratu kecantikan dan industri kecantikan. IBCI yang telah beroperasi sejak awal tahun 2020, belum dapat memulakan kelas lagi oleh kerana pennyekatan dari MCO semasa. Pada masa ini fokus IBCI ialah kepada pembinaan jenama, promosi dan pemasaran. Mereka merancang untuk mengadakan kursus secara fizikal pada bulan Mac 2021 dengan 12 kursus yang telah diluluskan untuk dijalankan di UM. Rancangan untuk mengajar dalam talian juga sedang diperbincangkan dengan universiti itu sekiranya keadaan kawalan pergerakan dilanjutkan lebih lama lagi.

Yuran program di IBCI adalah serendah RM5,000 untuk kursus penuh. Untuk kursus peringkat pensijilan, pemohon perlu berumur di atas 18 tahun dan mempunyai pengalaman minimum 2 tahun dalam perkerjaan mereka sekarang dalam industri kecantikan. Kursus di IBCI akan dijalankan dalam bahasa Inggeris dan Cina, tetapi terutamanya dalam Bahasa Inggeris kerana mereka juga menyasarkan pasaran antarabangsa. Pemohon boleh mendaftar melalui laman web IBCI.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian  +6016-2677356, e-mel ke enquiry@ibci.institute atau layari www.https://ibci.institute


Feature photo by: Woman photo created by jcomp - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING