NESTLÉ LACTOGROW - RUMUSAN LEBIH KALSIUM UNTUK TUMBESARAN

 

Nestlé telah memperkenalkan NESTLÉ LACTOGROW® Aktif yang bersiaran langsung secara maya. Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak yang dirumus khas, bagi memberikan ibu bapa di Malaysia pilihan nutrisi yang khusus untuk membantu anak-anak mereka mencapai tumbesaran optimum pada setiap peringkat. NESTLÉ LACTOGROW® Aktif akan menggantikan NESTLÉ LACTOKID® dalam beberapa bulan akan datang.

NESTLÉ LACTOKID® pertama kali dilancarkan pada November 2014, merupakan susu tepung rumusan yang tinggi kalsium untuk kanak-kanak bagi membantu menyokong tumbesaran sepanjang tempoh perkembangan mereka. Kini, ditampilkan dengan wajah baru di bawah NESTLÉ LACTOGROW® Aktif, susu tepung rumusan ini memberikan kebaikan nilai nutrisi yang sama seperti yang sebelumnya. NESTLÉ LACTOGROW® Aktif dirumus untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun dan mengandungi lebih banyak kalsium berbanding jenama utama** lain di pasaran, selain DHA dan 18 vitamin serta mineral penting bagi menyokong tumbesaran optimum kanak-kanak.

Acara pelancaran secara langsung itu juga mempunyai beberapa sesi interaktif dan menyeronokkan yang membantu penonton memahami dengan lebih mendalam mengenai tumbesaran kanak-kanak. Terdapat juga sesi perbincangan secara maya untuk membongkar mitos mengenai ketinggian kanak-kanak bagi membantu ibu bapa memahami kepentingan kalsium, vitamin D dan lain-lain nutrien penting untuk tumbesaran si manja mereka.


Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata: “Kami mahu membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan seterusnya menangani isu tumbesaran bantut, kerana kajian menunjukkan 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat nutrisi yangcukup untuk tumbesaran fizikal dan perkembangan intelektual*** mereka. Oleh itu, kami mahu berkongsi ilmu mengenai kepentingan nutrisi dan peranan nutrien seperti kalsium dalam perkembangan kanak-kanak, selain bagaimana NESTLÉ LACTOGROW® Aktif boleh membantu menyokong tumbesaran optimum seseorang kanak-kanak.”

Jasmin Estacio, Pengurus Perniagaan NESTLÉ Nutrition Malaysia berkata: “Perkembangan yang sihat pada awal zaman kanak-kanak membawa kepada kesihatan fizikal yang lebih baik dan kesejahteraan yang positif dalam kehidupan kanak-kanak untuk beberapa tahun akan datang serta tahun-tahun yang seterusnya. NESTLÉ LACTOGROW® Aktif ingin menyokong ibu bapa dengan produk yang melengkapkan usaha harian mereka untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka semasa peringkat kehidupan yang penting ini. Kami berharap dapat terus menyokong ibu bapa untuk belajar lebih banyak mengenai kepentingan nutrisi, terutamanya kalsium, bagi menyokong tumbesaran anak mereka!”

Lambakan maklumat yang boleh didapati hari ini mungkin membuatkan ibu bapa berasa buntu dalam memilih kaedah yang terbaik untuk membantu anak-anak mereka membesar. Banyak juga mitos tentang cara menambahkan ketinggian anak yang biasa dikongsikan di kalangan ibu bapa di Malaysia, seperti bermain bola keranjang dan bergayut di palang gayut, yang menyebabkan usaha untuk memastikan anak-anak mereka berada di landasan yang betul dalam mencapai perkembangan yang sejajar dengan umurnya menjadi semakin mencabar.

Untuk membantu ibu bapa menangani isu ini, Nestlé menjemput Professor Dr. Norimah binti A. Karim, Professor Nutrisi, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa untuk berkongsi pandangan beliau mengenai “Membongkar Mitos Tumbesaran Dalam Kalangan Kanak-kanak” semasa acara maya tersebut. Perbincangan ini membongkarkan isu mitos yang tular dalam kalangan masyarakat tentang cara untuk meningkatkan tumbesaran kanak-kanak. Tidak cukup dengan itu, Professor Norimah sendiri turut berkongsi kaedah dan cara yang betul serta bagaimana nutrisi yang cukup boleh membantu anak-anak mencapai tumbesaran yang optimum’

“Apabila membesarkan anak-anak, ibu bapa perlu faham bahawa pemakanan seimbang adalah penting untuk potensi mereka berkembang sepenuhnya., Masalah utama kepada isu bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia adalah disebabkan malnutrisi, iaitu kekurangan nutrisi dalam pemakanan seharian mereka - terutamanya kalsium. Kalsium merupakan salah satu nutrien penting yang tidak diambil secara mencukupi oleh kanak-kanak di Malaysia bagi membnatu perkembangan mereka secara menyeluruh.” kata Professor Dr. Norimah.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan pada 9 hingga 22 Jun 2020, yang melibatkan 186 ibu yang sebelum ini menggunakan NESTLÉ LACTOKID®, 98% akan mengesyorkan jenama susu itu kepada kawan-kawan dan keluarga mereka. Selain dirumus dengan kandungan kalsium yang tinggi, vitamin D, protein dan DHA untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan, NESTLÉ LACTOGROW® Aktif juga tidak mengandungi sukrosa tambahan, menjadikan ia pilihan yang lebih baik bagi kanak-kanak.



NESTLÉ LACTOGROW® Aktif didatangkan dalam paket 900g untuk dua kumpulan umur, yang dinamakan NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 1-3 dan NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 4-6, dan kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara. Untuk menonton kembali acara pelancaran dan perbincangan maya tersebut, lawati halaman Facebook Nestlé Start Well 2gether. Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi https://www.startwell.nestle.com.my/brands/lactogrow-aktif.


Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI