TEROKA DUNIA DENGAN NESPRESSO WORLD EXPLORATIONS

 

Pencinta kopi yang ingin mengetahui kepelbagaian rasa kopi di dunia kini boleh menikmati Nespresso World Explorations. Rangkaian kopi ini berdasarkan koleksi kopi Lungo terkenal yang menampilkan kopi berbeza yang diinspirasikan oleh bandar Cape Town, Stockholm, Tokyo dan Vienna, dengan penambahan dua perisa baru yang lahir daripada inspirasi Shanghai dan Buenos Aires.

Diinspirasikan oleh kepelbagaian budaya kopi tempatan di seluruh dunia, rangkaian World Explorations menjemput pencinta kopi dalam suatu perjalanan kopi yang memperkayakan pengalaman ini. Daripada rasa ringan (mild) Buenos Aires Lungo, yang dipanggang perlahan-lahan untuk memberikan nota rasa bijirin dan emping jagung manis, kepada keseimbangan Tokyo Vivalto Lungo dengan biji kopi arabika berkualiti tinggi yang menghidangkan aroma bunga yang cukup istimewa dan rasa yang kompleks, pencinta kopi kini boleh menikmati sendiri profil rasa yang sebenar dan asli dalam budaya kopi tempatan dunia.

Nespressso World Explorations membawa pencinta kopi ke pengalaman kopi yang lebih kaya dan lebih lama dengan kopi Lungo. Sesuai dihidangkan sehingga 150ml, kopi Nespresso Lungo menawarkan pelanggannya kopi dengan kedalaman tambahan pada skala kepekatan Lungo dan lebih masa untuk menikmati aroma kopi yang cukup menyenangkan ini. Tidak kira sama ada siang atau malam di mana-mana lokasi, nikmatilah secawan Nespresso World Explorations dan alami sensasi, citarasa dan aroma beberapa bandar yang paling dikagumi di dunia.

Terokai World Explorations


World Explorations Shanghai Lungo

Mengiktiraf perkembangan baharu suasana kopi moden China, Nespresso World Explorations Shanghai Lungo meraikan kemunculan budaya kopi Asia dengan campuran istimewa biji kopi Arabika Kenya, China dan Indonesia yang dipanggang ringan. Nota beri dan kelembutan rasa masam pada kopi ini paling enak apabila dinikmati secara pengekstrakan panjang untuk menghargai pengalaman minum kopi seperti penduduk tempatan.


World Explorations Buenos Aires Lungo

Bagi meraikan kemeriahan suasana makanan Argentina yang mengekalkan kemanisannya, Nespresso World Explorations Buenos Aires Lungo menggandingkan biji kopi Arabika Kolombia dengan Robusta Uganda yang dipanggang ringan, untuk memberi nota rasa bijirin dan emping jagung manis. Sebagai penghormatan kepada rasa cinta kota ini terhadap kopi lembut dengan ciri rasa manis bersusu, kopi yang enak dihirup perlahan-lahan ini lebih nikmat dihidangkan bersama susu dan gula.


World Explorations Cape Town Envivo Lungo

Menggambarkan kecenderungan Afrika Selatan terhadap kopi Asia, yang lama-kelamaan telah membentuk citarasa tempatan, Nespresso World Explorations Cape Town Envivo Lungo mencampurkan biji kopi Arabika dan Robusta India untuk memberikan citarasa Lungo yang cukup kuat dan menyeluruh dengan nota rasa pahit dan aroma kekayuan. Serlahkan kelembutan nota panggang kopi ini dengan sedikit sentuhan susu untuk menikmatinya seperti penduduk tempatan.


World Explorations Stockholm Fortissio Lungo

Membawa pelanggan bersiar-siar di Stockholm, Nespresso World Explorations Stockholm Fortissio Lungo menciptakan kembali profil beraroma kopi Sweden dengan menggandingkan biji kopi Malabar Monsun dengan Arabika Kolombia untuk memberikan kopi yang manis dengan sedikit sentuhan rasa pahit. Bagi menghayati rasa kopi ini seperti warga Sweden sebenar, kami sarankan kopi yang cukup berperisa ini dihidangkan dengan sepiring roti gulung kayu manis untuk dinikmati bersama teman-teman dan keluarga.


World Explorations Tokyo Vivalto Lungo

Orang Jepun menikmati kopi yang lebih kaya dengan aroma yang seimbang dan elegan. Keharuman secawan kopi Nespresso World Explorations Tokyo Vivalto Lungo menyerlahkan pilihan ini dengan biji kopi Arabika Ethiopia dan Mexico yang diperhalus, memberikan rasa bungaan yang kompleks dengan sedikit sentuhan rasa masam. Bagi merasai keenakannya seperti orang tempatan, ekstrak kopi ini dan ambillah masa untuk menikmati keharuman aromanya.


World Explorations Vienna Linizio Lungo

Diambil daripada tradisi kedai kopi di Vienna, Nespresso World Explorations Vienna Linizio Lungo memberi penghormatan kepada banyak resipi dan kelembutan kopi Vienna. Padanan biji kopi Arabika Brazil dan Kolombia yang manis dipanggang ringan oleh pakar kami untuk meningkatkan nota malt dan beraroma dalam cawan kopi. Untuk merasai pengalaman kopi yang asli, dicadangkan tambahkan air panas pada kopi Lungo ini supaya ia boleh dinikmati lebih lama bersama sepotong kek kegemaran.

Tingkatkan momen kopi anda dengan aksesori edisi terhad yang eksklusif

Untuk melengkapkan kedua-dua kapsul World Explorations Shanghai dan Buenos Aires Lungo, Nespresso kini menambah dua cawan berwarna-warni yang baharu kepada koleksi Pixie Lungo ikoniknya. Rangkaian cawan kopi dua lapis yang direka cantik masing-masing didatangkan dalam warna merah dan perak berkilat yang menyerlah agar sepadan dengan cawan berwarna terang yang mewakili setiap kopi World Explorations.


Dan untuk memberi penghormatan kepada setiap kopi dalam rangkaian World Explorations, Nespresso memperkenalkan enam pelapik cawan porselin putih edisi terhad yang menggambarkan rekaan istimewa bagi setiap karya seni kapsul kopi Lungo. Rekaan ini merangkumi elemen ikonik tempatan bandar utama di seluruh dunia, memberikan sanjungan kepada bandar, ritual dan tradisi yang menginspirasikan koleksi tersebut.


Rangkaian kopi Nespresso World Explorations berharga RM23 setiap sarung. Dari 15 Mac hingga 4 April 2021, Nespresso memberikan pelapik cawan porselin edisi terhad mengikut pilihan pelanggan secara eksklusif dengan sebarang pembelian terkumpul 100 kapsul termasuk mana-mana kopi Lungo. Dengan tambahan 50 kapsul termasuk mana-mana kopi Lungo selepas 100 kapsul pertama, peminat kopi juga akan menerima satu set koleksi Pixie Lungo Shanghai dan Buenos Aires yang ikonik.

Kopi dan aksesori Nespresso World Explorations boleh didapati di Butik Nespresso di The Gardens Mall dan Pusat Beli-Belah One Utama, aplikasi mudah alih Nespresso, laman rasmi Nespresso (www.nespresso.com) dan melalui Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 80 7001 (bebas tol 24/7) bermula dari 22 Februari 2021.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nespresso Malaysia, sila lihat halaman Instagram rasmi (@nespresso.my) atau halaman Facebook rasmi (Nespresso.MY) untuk menerima makluman terkini tawaran terbaharu daripada Nespresso.

 


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM