YUNA, HAEL & ALTIMET BERHORA HOREY DENGAN DIDI & FRIENDS


Animasi popular dan juga pemenang Program Pra-sekolahTerbaik di Asian Television Awards ke-24, Didi & Friends yang dikenali dengan cerita dan lagu-lagu hiburan serta pengajaran untuk kanak-kanak kini muncul dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends. 

Ini menjadikan ia sebagai filem animasi pertama tempatan yang akan menemui para penonton di kaca televisyen pada tahun 2021 di Astro First. Selepas kejayaan konsert terdahulu, Konsert Hora Horey Didi & Friends (2018) dan Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends (2019), Astro dan Digital Durian tidak teragak-agak untuk mempersembahkan konsert seterusnya.

Uniknya, setiap konsert memberi pengalaman berbeza kepada para peminat Didi & Friends. Dengan kutipan melebihi RM2.7 juta pada 2018, konsert yang pertama telah memberi pengalaman sinematik yang unik di panggung wayang.Manakala konsert kedua dipersembahkan secara langsung untuk memberi pengalaman konsert muzikal interaktif. Kali ini, konsert ketiga akan dibawa terus ke Pawagam Rumah Anda di Astro First, saluran 480. Ini akan memberikan pengalaman konsert di rumah untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga, boleh berhibur mengikut waktu fleksibel mereka dan terus kekal berada di rumah.

Konsert ketiga dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi-penyanyi Malaysia yang melakar nama di peringkat antarabangsa, Yuna, penyanyi dan komposer terbaik tahun 2017 & 2018, Hael Husaini serta rapper berbakat besar, Altimet. Yuna akan menyanyikan lagu ‘Bunga Matahari’, manakala lagu ‘Bingo 2020’ dinyanyikan oleh Altimet dan ‘Rindu Serindunya’ oleh Hael Husaini.




Beralih kepada watak-watak utama, Didi, Nana dan Jojo akan tampil berbeza khas untuk konsert ini. Selain itu, karakter Pak Atan, Tatak dan Bingo turut meriahkan Konsert Hora Horey Wayang. Bagi karakter nakal, ia menampilkan karakter Boon, Roon dan Mummy. Seterusnya, karakter Omar & Hana akan muncul di dalam lagu Ninja dan Kak Hani bersama Abang Paan sebagai pengacara konsert itu nanti.

Antara daya tarikan lain, ia juga menyaksikan kali pertama siri konsert ini dipadatkan dengan jalan cerita serta plot yang penuh drama. Jadi, penonton bukan sahaja dapat berhibur dengan lagu-lagu tetapi dapat berseronok dengan telatah setiap karakter.

Konsert berdurasi 90 minit ini akan mempersembahkan 33 buah lagu yang terdiri daripada 7 lagu baru dan 7 lagu lama yang telah digubah semula dan 19 lagu daripada siri Didi & Friends. Antaranya, ‘Rasa Sayang’, ‘Kalau Rasa Gembira’, ‘Mengantuknya Mumia’, ‘Bunyi Anak Haiwan’ dan ‘Rawr Rawr Raksasa’.Lebih istimewa konsert ini akan dipersembahkan dalam dua bahasa, iaitu versi Bahasa Melayu yang ditayangkan bermula 25 Februari ini, manakala versi Bahasa Inggeris akan bermula pada 25 Mac nanti di Astro First.

Pengarah Eksekutif Digital Durian, Sinan Ismail berkata pihaknya sentiasa mendahului dengan menghasilkan kandungan hiburan yang mengujakan dan berkualiti. “Jenama Didi & Friends diperkenalkan pada tahun 2014 dan kami sentiasa komited untukmemastikan evolusi animasi kami dengan teknologi terkini serta progresif untukmemberi pengalaman berbeza kepada penonton. Kami yakin Astro First adalah platform yang terbaik untuk konsert ini dibawa secara menyeluruh dan lebih dekat kepada penonton. Bagi konsert ketiga, kami telah memilih Yuna, Hael Husaini dan Altimet sebagai buah tangan khas buat peminat dan penonton. Kami percaya mereka mempunyai bakat dan aura tersendiri yang mampu menjadi tarikan buat penonton cilik serta dewasa. Harapan kami, dengan kehadiran konsert ini Di Pawagam Rumah Anda, ia dapat memberikan pengalaman menarik kepada penonton dan sekaligus mampu memberi impak dan fenomena dalam industri animasi tempatan.”

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Ini adalah kali pertama Astro Shaw membawakan filem animasi di bawah konsep terus Di Pawagam Rumah Anda pada tahun 2021. Setelah lebih setahun industri filem tempatan tidak dimeriahkan dengan kemunculan filem animasi tempatan terbaru, kami rasa ini adalah masa yang sesuai untuk Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends menemui peminat di luar sana. Apa yang menarik, jalan cerita dan lagu-lagu yang dipersembahkan sememangnya amat dekat dengan penonton di Malaysia, tidak kira latar usia. Dengan adanya dua versi bahasa, ia memberi penonton pilihan serta seluruh rakyat di luar sana untuk menikmati kandungan baharu ini. Pasti menyeronokkan apabila anak kecil dapat menyanyi serta menari bersama keluarga dan terus kekal di rumah. Kami percaya, filem ini mampu memberi hiburan di samping mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga.”

Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends menyaksikan Didi & Friends menyampaikan lagu-lagu popular mereka bersama artis-artis terkenal tanah air dan antarabangsa, iaitu Yuna, Hael Husaini dan Altimet menyanyikan lagu hit viral dan lagu baru! Namun di sebalik kemeriahan Konsert Konsert Hora Horey di Pekan Hora Horey, Team Nakal yang terdiri daripada Boon, Roon dan Mummy bersembunyi di belakang pentas untuk merancang mengambil pentas buat diri mereka sendiri!


Jangan lupa untuk saksikan Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Didi & Friends Malaysia serta Astro Ceria.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!