AIMAN SIDEK LANCAR LAGU BAHARU 'HADIAH TUHAN PALING JELITA' SEMPENA HARI IBU


Sebuah lagu ciptaan penuh komposer dan penyanyi, Aiman Sidek yang diberi judul Hadiah Tuhan Paling Jelita telah dilancarkan hari ini. Diterbitkan oleh 4U Entertainment, single terbaru ini merupakan dedikasi khas kepada semua yang bergelar Ibu bersempena dengan Hari Ibu atau Mother’s Day yang disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.

Aiman Sidek, penyanyi dan pencipta lagu ini berkata, “Hadiah Tuhan Paling Jelita merupakan karya yang sangat bermakna buat saya yang didedikasikan khas buat semua ibu-ibu yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. Bukan itu sahaja, Ibu, Emak atau Mama apa sahaja panggilan kita kepada mereka, merupakan individu yang telah memberi didikan dan kasih sayang sejak dari kecil seharusnya perlu terus dihargai hingga akhir hayat kita.” 

“Lagu ini diinspirasikan ibu saya sendiri, Puan Rasmah Yusof sosok yang tidak pernah putus mendoakan kami adik-beradik, selain sentiasa memberikan nasihat dan pedoman kepada kami dalam menyusuri hidup ini sehingga kini. Inilah anugerah dari Allah kepada kami, Hadiah Tuhan Paling Jelita.” 

Single terbaru ini akan menjadi salah sebuah lagu yang bakal ditampilkan dalam Album ketiga Aiman Sidek berjudul ‘Jiwa & Nyawa’, disokong oleh Kementerian Komunikasi melalui Mycreative Ventures dibawah program Dana Kandungan Digital. 

Album yang akan dilancarkan tahun ini itu mengandungi 10 buah lagu, termasuk lagu-lagu yang pernah hits di media sosial, carta radio, saluran penstriman muzik seperti Cinta Sejati, Dirgantara (duet bersama Alin Sidek) serta lain-lain lagi. 

“Hadiah Tuhan Paling Jelita diharap dapat menyentuh hati pendengar-pendengar, dalam terus menghargai seorang individu bergelar ibu, tidak kira yang masih ada ataupun yang telah pergi. Selamat Hari Ibu juga diucapkan kepada semua yang bergelar ibu di seluruh dunia,” menurut Penerbit Eksekutif 4U Entertainment, Meor Alfaizal dan Raja Azraff. 

Untuk mendengar dan menonton muzik video Hadiah Tuhan Paling Jelita : 12hb Mei 2024 - Premier Hadiah Tuhan Paling Jelita di Youtube 4U Entertainment - https://youtu.be/E3Y-9ZMxrpM 12hb Mei 2024 - Hadiah Tuhan Paling Jelita di Platform Digital

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM