IKON MALAYSIA, DATO’ SRI SITI NURHALIZA AKAN MENGADAKAN KONSERT TAMBAHAN DI ARENA OF STARS PADA 11 OGOS 2024!


Susulan penjualan hangat tiket Konsert ‘Cinta Di Awan’ pada 10 Ogos di Arena of Stars baru-baru ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mengumumkan satu hari tambahan bagi persembahan Konsert ‘Cinta Di Awan’ iaitu pada 11 Ogos 2024, Ahad bermula 8.30 malam! 

‘Cinta Di Awan’, konsert yang amat dinantikan di Arena of Stars, telah menyaksikan penjualan tiket laris dalam masa kurang dari satu jam. Ekoran sambutan yang tinggi dan permintaan yang berterusan daripada peminat, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah bersetuju untuk mengadakan persembahan tambahan. 

Para peminat bakal menyaksikan persembahan yang tidak dapat dilupakan, penuh dengan keunikan lagu-lagu cinta beliau. 

Tiket untuk konsert tambahan akan dijual mulai pada 6 Mei 2024 jam 12 tengah hari. Harga tiket bermula dari RM688 (VIP), RM498 (PS1), RM388 (PS2) dan RM248 (PS3). Ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, dan PS2 sahaja. 

Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rwgenting.com atau myticket.asia.

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA

LAZMALL CATAT PERTUMBUHAN ENAM KALI GANDA, AI SUMBANG HAMPIR US$3 JUTA DALAM JUALAN ULANG TAHUN LAZADA