VOLVO PADEL OPEN MENYAJIKAN KEJOHANAN PADEL PERTAMA DAN TERBESAR DI MALAYSIA


Volvo Car Malaysia sangat teruja untuk mengumumkan Volvo Padel Open, kejohanan padel rasmi yang pertama dan terbesar di Malaysia. Bersedia memberi peluang kepada pemain padel baharu dan berpengalaman untuk bersaing sepanjang dua hujung minggu, Volvo Car Malaysia bekerjasama dengan semua kelab padel Lembah Klang – ASCARO Padel & Social Club, Padelground dan PadelKu – untuk mengembangkan komuniti sosial padel di Malaysia.

Peserta Volvo Padel Open akan bersaing untuk kegemilangan dan hadiah bernilai sehingga RM100,000 dalam empat kategori – Intermediate, Open, Women’s and Wildcard – yang akan berlangsung dari 8 hingga 15 Jun 2024. Peserta perlu mendaftar bersama sebagai pasukan beregu, dan semua pemain dinilai ketika pendaftaran untuk menentukan tahap kemahiran dan kategori layak mereka.

Untuk menyertai Volvo Padel Open, peserta hanya memerlukan yuran sekali sahaja sebanyak RM200 bagi setiap pasukan yang terdiri daripada dua pemain, atau kadar istimewa, iaitu RM100 jika sekurang-kurangnya seorang pemain adalah pemilik Volvo. Selain daripada berpeluang untuk bersaing untuk hadiah utama, pemain juga boleh menikmati klinik latihan padel percuma, kit sukan Volvo yang bergaya, akses sisi gelanggang di pusingan akhir dan layanan eksklusif Volvo.

Dengan asal usulnya yang bermula pada tahun 1960-an, padel telah muncul sebagai sukan yang paling pesat berkembang di seluruh dunia dengan 25 juta pemain di 110 negara. Sejak diperkenalkan di Malaysia, padel telah mendapat perhatian ramai pemain baharu yang tertarik dengan kepantasan, kemodenan dan keakraban yang dipupuk oleh sukan tersebut.

Volvo Car Malaysia merupakan antara yang terawal untuk melibatkan diri di dalam sukan padel, seperti yang dibuktikan dengan acara sukan pertama mereka, Koppla, yang diadakan tahun lalu di ASCARO Padel & Social Club. Patricia Yaw, Ketua Pemasaran & PR di Volvo Car Malaysia berkongsi: “Kami di Volvo Car Malaysia melihat banyak keserasian dengan sukan ini kerana tumpuannya kepada komuniti, pengalaman dipacu gaya hidup dan inovasi teknologi yang berterusan. Kami berbangga untuk menjadi sinonim dengan sukan ini yang sedang berkembang pesat, mempunyai akar sejarah yang kukuh dan masa depan moden yang menarik, sama seperti kereta elektrik baharu kami dan cita-cita kami kearah elektrik sepenuhnya.”

Jangan lepaskan peluang menarik ini untuk menyertai kejohanan padel yang pertama dan terbesar di Malaysia. Pendaftaran dibuka mulai sekarang hingga 24 Mei 2024, atau sehingga slot penuh. Untuk mengambil bahagian, daftar melalui https://padel.volvocarmalaysia.com.


Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo Padel Open, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM