VIETJET MENYASARKAN 27 JUTA PENUMPANG DAN PEMBAYARAN DIVIDEN 25% SELEPAS MENCATATKAN PRESTASI KUKUH PADA Q1 2024


Vietjet Aviation Joint Stock Company (HoSE: VJC) telah memuktamadkan Mesyuarat Agung Pemegang Saham (GMS) 2024 dan meluluskan pelan perniagaannya untuk tahun 2024. Syarikat penerbangan tersebut menyasarkan untuk mengekalkan kedudukan utamanya dalam pasaran domestik dan mengembangkan lagi rangkaian penerbangan antarabangsanya.

Syarikat penerbangan tersebut juga telah mencapai keputusan yang memberangsangkan pada Q1/2024, membuka jalan untuk kejayaan pada tahun hadapan.

Sasaran pertumbuhan yang tinggi untuk 2024

Vietjet menyasarkan untuk memperoleh hasil pengangkutan udara melebihi VND 59 trilion (lebih kurang RM 11.11 bilion) dan VND 65.5 trilion (lebih kurang RM 12.33 bilion) dalam hasil disatukan untuk 2024, dengan jangkaan pertumbuhan sebanyak 10% dan 12.4% tahun ke tahun masing-masing. Syarikat penerbangan tersebut dijangka mengendalikan sebanyak 142,000 penerbangan dengan lebih 27.4 juta penumpang. Lembaga Pengarah Vietjet juga meluluskan pelan pengagihan keuntungan 2024, di mana dividen dan dividen interim (advanced dividend) akan dibayar secara tunai dan stok pada nisbah maksimum 25%.

Sebagai peneraju pasaran yang terkemuka di rantau ini, Vietjet menyasarkan untuk mempertahankan kestabilan pasaran domestik dan pada masa yang sama berusaha mengembangkan rangkaian penerbangannya secara pesat di peringkat global, menyasarkan destinasi baharu di Asia Selatan, Asia Tengah, Australia dan Eropah.

Q1/2024: Prestasi cemerlang, peningkatan yang kukuh untuk sepanjang tahun

Pada Q1/2024, Vietjet mencapai pertumbuhan kewangan yang ketara, dengan hasil pengangkutan udara mencecah VND 17.76 trilion (lebih kurang RM 3.34 bilion) dan keuntungan selepas cukai bernilai VND 520 bilion (lebih kurang RM 97.88 juta). Ini menunjukkan kadar peningkatan tahun ke tahun adalah sebanyak 38% dan 209% masing-masing. Hasil disatukan serta keuntungan selepas cukai Vietjet juga menunjukkan pertumbuhan yang besar, mencecah VND 17.76 trilion (lebih kurang RM 3.34 bilion) dan VND 539 bilion (lebih kurang RM 101.45 juta) masing-masing, mencerminkan kadar peningkatan tahun ke tahun yang ketara iaitu 38% dan 212% mengikut urutan tersebut.

Dalam tiga bulan pertama tahun ini, Vietjet telah mengendalikan hampir 34,500 penerbangan dengan selamat dan menampung lebih 6.3 juta penumpang. Syarikat penerbangan tersebut mengekalkan kadar faktor muatan purata sebanyak 87% dan mencapai kadar kebolehpercayaan teknikal sebanyak 99.6%.

Meneruskan strategi pengembangan antarabangsanya, pengangkutan penumpang antarabangsa Vietjet pada Q1/2024 telah menyaksikan pertumbuhan lebih daripada 53% dan 61% tahun ke tahun dari segi bilangan penerbangan dan penumpang masing-masing.

Dalam tempoh tiga bulan lalu, syarikat penerbangan tersebut telah memperkenalkan 15 laluan antarabangsa dan domestik baharu, mengembangkan jumlah laluan operasinya kepada 140. Antara laluan baru yang ditambah adalah seperti Phu Quoc – Taipei, Ho Chi Minh City – Chengdu/Xi’an, dan Vientiane, termasuk laluan yang menghubungkan Hanoi ke Hiroshima dan Sydney/Melbourne.

Setakat 31 Mac 2024, jumlah aset Vietjet melebihi VND 85.82 trilion (lebih kurang RM 16.15 bilion), dengan nisbah hutang kepada ekuiti sebanyak 1.9 dan nisbah kecairan sebanyak 1.3, kedua-duanya berada dalam julat yang memberangsangkan bagi industri penerbangan.

Selain menghubungkan Vietnam dengan dunia luar melalui rangkaian penerbangannya, Vietjet turut melabur dalam projek penyelidikan dan teknologi antarabangsa, mengembangkan kehadirannya di persada antarabangsa.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM