CELEPETS SAMBUT HARI RAYA BERSAMA IBU TUNGGAL DAN RAIKAN 15 TAHUN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT


Celepets, barisan selebriti dalam industri media dan hiburan yang bersahabat baik dan gemar melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan menganjurkan acara Celepets Care Raya 2024 bagi meraikan 15 tahun aktiviti khidmat masyarakat yang bermakna. Sejak penubuhannya pada 2009 oleh selebriti Malaysia yang terdiri daripada Dynas Mokhtar, Aishah Sinclair, Atilia Haron, Daphne Iking, Sazzy Falak, Serena C, dan Yasmin Hani, Celepets tetap teguh dalam mengangkat martabat keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik dan menyebarkan kegembiraan ke seluruh Malaysia.

Pada kali ini, Celepets Care dengan kerjasama Komuniti PPRT meraikan kecekalan golongan ibu tunggal dan menyediakan bantuan penting kepada keluarga mereka. Acara ini, yang dianjurkan serentak dengan sambutan Hari Ibu dan Syawal, berjaya menarik sumbangan wang tunai daripada ReSkills, platform pembelajaran dalam talian global berasaskan langganan, yang akan diagihkan kepada kumpulan penerima daripada komuniti ibu tunggal. Selain itu, ReSkills turut menaja 80 pas akses pembelajaran untuk memberi peluang pendidikan kepada penerima bantuan.

Ahli Celepets turut mengambil peluang untuk mengagihkan duit raya kepada ibu tunggal dan anak-anak pada majlis ini. Di samping itu, para tetamu mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dan juga pelbagai aktiviti permainan bagi menambahkan kemeriahan majlis tersebut.


Inisiatif itu turut mendapat tajaan daripada syarikat pemula dan PKS seperti Kiddocare, Vitahealth, Wellsen, Hazel’s Bites, Baba Seafood Enterprise, Sayur Kita Asia dan Dadih ala Ice Cream. Acara ini menjadi wadah kepada syarikat-syarikat pemula yang terlibat untuk mengukuhkan jenama perniagaan, produk dan perkhidmatan mereka di samping menyumbang kepada kerja-kerja kebajikan.

Acara pada hari ini sejajar dengan misi Celepets Care yang bukan sahaja berfungsi sebagai platform untuk melaksanakan kerja-kerja amal tetapi juga menjadi entiti yang memperkasakan inisiatif sedemikian, sejajar dengan inisiatif terdahulunya seperti Power to Empower, yang menyokong usaha untuk mewujudkan kesedaran jenama dan produk dalam kalangan usahawan yang terlibat. Usaha sama pada kali ini menguntungkan semua pihak yang terlibat apabila syarikat pemula yang mengambil bahagian berpeluang untuk menyumbang kepada inisiatif kebajikan, meluaskan capaian jenama mereka kepada lebih ramai orang menerusi kerjasama tujuh orang selebriti Malaysia, dan membantu golongan ibu tunggal yang kurang bernasib baik dan keluarga mereka. Ia diharapkan menjadi satu bentuk amal jariah yang memberikan impak positif kepada semua golongan masyarakat.

Bercakap bagi pihak Celepets, Dynas Mokhtar yang juga pemilik lokasi yang menaja acara ini, Wanra, berkata " Dalam setiap kuntuman senyuman yang kami lihat dan setiap pelukan yang kami kongsikan, kami menzahirkan komitmen tidak berbelah bahagi Celepets Care kepada golongan ibu tunggal dan keluarga mereka yang menginspirasikan kami dengan kecekalan mereka. Kami mensyukuri peluang untuk bersama-sama berdiri dengan 30 buah keluarga yang luar biasa ini, bukan sahaja untuk memberikan bantuan tetapi menggenggam harapan dan bersetia kawan dengan mereka. Kesungguhan kami untuk menyumbang kepada kesejahteraan mereka kekal teguh, dan kami ingin merealisasikan sebuah komuniti yang golongan ibu tunggalnya diperkasa, dihargai dan disokong agar terus berkembang maju.


"Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja yang turut serta dalam misi kami untuk membantu ibu tunggal dan keluarga mereka. Sumbangan ikhlas yang diberikan amat bermakna buat golongan yang memerlukan," kata Dynas lagi.

Acara pada hari ini dijayakan dengan kerjasama Kindness Malaysia, rakan kongsi yang sentiasa bersedia membantu keluarga yang kurang bernasib baik, dan sokongan berterusan rakan kongsi lain seperti Womentum, penganjur program kesejahteraan korporat.

Ahli Celepets menyumbang RM2,000 setiap seorang sebagai sumbangan peribadi mereka untuk inisitatif ini.

Celepets Care menjemput individu dan organisasi untuk menyertai misi mereka dalam mewujudkan masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank Purple Unicorn SB (564276563563). Semua hasil kutipan akan disampaikan kepada Kindness Malaysia untuk diagihkan kepada ibu tunggal dan keluarga mereka.

Maklumat lanjut tentang Celepets Care dan cara untuk menyertainya boleh didapati dengan menghubungi Niney Chong di smile@nineychong.com.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM