DAGING BERASASKAN TUMBUHAN YUMEAT MEMBERIKAN ALTERNATIF YANG LAZAT KEPADA MEREKA YANG LEBIH PRIHATIN KEPADA KELESTARIAN ALAM



Kita semua kini merasai kesan perubahan iklim, daripada persekitaran yang amat kering dan panas terik sehingga ke hujan lebat yang membawa kepada banjir kilat. Kita boleh memainkan peranan dalam mengurangkan kesan-kesan ini dengan memilih untuk hidup dengan lebih lestari. Perubahan kecil pada gaya hidup kita juga mempunyai kesan kumulatif dalam mengurangkan kadar perubahan iklim.

Kehidupan lestari termasuk membuat pilihan perkara-perkara yang baik untuk alam sekitar. Ia termasuk menggunakan kenderaan elektrik, membeli atau menggunakan barangan terpakai, mengurangkan sisa, mengitar semula serta bertukar kepada pemakanan flexitarian yang memberatkan pengambilan makanan berasaskan tumbuhan.



Daging berasaskan tumbuhan merupakan satu inovasi terbaharu dan menerajui industri adalah yumeat™, produk daging berasaskan tumbuhan tersedia dimakan yang stabil di rak pertama. Ia bebas GMO, tanpa kandungan antibiotik dan hormon serta bahan awet, diiktiraf halal dengan kandungan 0mg kolesterol bagi setiap hidangan.

Produk yumeat™ mengandungi ramuan bersih dengan protein tumbuhan daripada kekacangan bukan GMO, gandum, oat dan cendawan. Daging berasaskan tumbuhan seperti yumeat™ mengurangkan 96% pembebasan gas, 87% air bersih, 97% pencemaran air dan 98% penggunaan tanah.



Jadilah individu pertama yang memperkenalkan rasa masa depan bersama yumeat™ kepada keluarga dan rakan-rakan anda kerana ia dihasilkan dengan penuh kasih-sayang, menyerlah rasa enak dan seumpama daging sebenar tetapi juga kaya dengan manfaat khasiat dan kemampanan alam sekitar menerusi ramuan berasaskan tumbuhan.

Rakyat Malaysia amat bertuah dengan kepelbagaian hidangan yang ada di tanah air inu kerana kita kaya dengan budaya kulinari yang meluas dan enak. Seringkali kita berasa sukar untuk memulakan perjalanan flexitarian kerana tidak terdapat gantian sesuai untuk hiding tempatan. Jangan risau, yumeat™adalah penyelesaiannya. Daging berasaskan tumbuhan popular kami dalam varian biasa dan pedas, serta daging kisar berasaskan tumbuhan yang dikenali ramai sesuai dipadankan bersama mi, nasi mahupun bubur.

Tidak percaya? Cubalah resipi mudah dan gantian enak untuk hidangan tempatan berasaskan daging yang pastinya akan menarik perhatian keluarga dan rakan-rakan anda.


Nasi Kerabu

Tingkatkan hidangan Nasi Kerabu asas anda dengan menghidangkannya bersama daging berasaskan tumbuhan yumeat™ goreng. Potong dadu atau memanjang sebelum digoreng dalam pan. Rasa tempatan, enak dan penuh khasiat.


Mi Goreng

Pertama sekali, potong daging berasaskan tumbuhan yumeat™ kepada kepingan dan goreng sehingga agak garing. Ketepikan. Sediakan mi seperti selalu yang anda masak tetapi ketepikan daging/ayam/kek ikan kerana anda akan yumeat-ing protein anda.

Anda hanya perlu duduk dan lihat keluarga dan rakan-rakan menikmati hidangan mi goreng yang disediakan dan memuji kemahiran memasak anda.


Kari Daging Berasaskan Tumbuhan

Kari ini merupakan padanan sempurna roti jala dan boleh melengkapkan hidangan nasi, roti dan juga roti kukus.

Ini cara untuk menyediakannya: Potong kiub setin daging berasaskan tumbuhan yumeat™ pilihan anda - sama ada rasa asli mahupun pedas.

Dalam sebuah pan, goreng potongan tadi sehingga garing dan ketepikan. Dalam sebuah periuk, tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian, masukkan kira-kira 30g serbuk kari dan gaul sekata.

Tambah dua setengah cawan air, perlahankan api sehingga campuran mereneh sebelum memasukkan dua biji kentang yang dipotong baji (wedges) dan lobak merah dipotong dadu. Kemudian, masukkan 100ml santan dan biarkan ia mereneh sehingga ubi dan lobak merah masak. Masukkan garam sehingga cukup rasa. Tutup api dan masukkan kiub daging yumeat™ ke dalam kuah kari. Hidangkan ia bersama roti jala.

Cubalah resipi ini dan pelbagai pilihan lain di www.yumeat.com yang membuktikan rasa masa depan adalah baik untuk anda, bumi serta bersesuaian dengan cita rasa tempatan.

Daging berasaskan tumbuhan yumeat™ dihasil dan dipekkan dalam tin-tin yang telah disteril degan kawalan kualiti yang ketat oleh

Ayam Brand™, satu jenama dipercayai dan kegemaran Malaysia yang mempunyai warisan selama 142 tahun dalam industri makanan dalam tin. Mudah untuk dikendalikan, yumeat™ kekal stabil di rak dan sedia dimakan.

Dapatkan setin yumeat™ untuk menikmati kebaikan terunggul - baik untuk anda dan bumi.

Harga dan Ketersediaan

yumeat™ disediakan dalam pilihan daging berasaskan tumbuhan - perisa asli dan pedas - pada harga RM12.90 bagi tin 360g. Ia juga didatangkan dalam bentuk daging kisar dalam pes kacang pada harga RM6.25 bagi tin 195g.

Rangkaian produk yumeat™ boleh didapati di Aeon, Aeon Big, Giant, Lotus, Jaya Grocer, MYDIN, Hero atau melayari laman Ayam Brand Official di Shopee dan Lazada. Ikuti https://www.facebook.com/yumeat.malaysia atau https://www.instagram.com/yumeat.malaysia/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, resipi dan promosi menarik.

 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN