SECRET RECIPE DAN BAYU SOMERSET MEMPERKENALKAN KOLEKSI BERSAMA SEMPENA HARI RAYA HAJI


Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelang, rangkaian kafe Malaysia, Secret Recipe, menjalinkan kerjasama dengan jenama fesyen Bayu Somerset untuk menghasilkan koleksi busana unik yang diilhamkan daripada kek terkenal Secret Recipe.

Koleksi ini menampilkan pakaian tradisional Melayu seperti Baju Kurung dan Kebaya dalam pelbagai saiz (XXS-5XL untuk dewasa, 1-12 untuk kanak-kanak) serta tudung kepala dan scrunchies yang sedondon untuk melengkapkan gaya. Apa yang menarik tentang rekaan koleksi ini adalah elemen kek Secret Recipe dengan corak yang menarik dan rona yang cerah. Kerjasama eksklusif ini meraikan kemanisan hidup yang bukan sahaja boleh dinikmati daripada kek lazat tetapi juga seni fesyen.


Gaya unik Bayu Somerset yang menampilkan kemanisan kek Secret Recipe menghasilkan koleksi yang menawan hati dan pada masa yang sama melestarikan budaya dan tradisi pakaian Melayu. Baju Kurung Kedah membawakan corak “Pandanlicious” dan “White Forest,” manakala Baju Kebaya menawarkan reka bentuk moden dengan corak “Confetti” atau cetakan “Black Forest” yang halus.

Untuk gaya yang lebih kontemporari, koleksi Modern Kurung menawarkan pilihan corak “Wild Blueberry” dan “Red Velvet.” Harganya bermula dari RM149 untuk dewasa dan RM129 untuk kanak-kanak.


Koleksi ini juga menampilkan tudung kepala (RM49) dan scrunchies (RM15) untuk melengkapkan gaya dari hujung rambut sehingga ke kaki.

Kedua-dua jenama menawarkan promosi istimewa untuk meraikan kerjasama ini. Secret Recipe memberikan diskaun 30% kepada pelanggan Bayu Somerset bagi setiap potong kek dengan pembelian dua hidangan utama, manakala Bayu Somerset menawarkan diskaun RM10 untuk setiap pembelian kepada pelanggan Secret Recipe. Kerjasama ini turut menampilkan kotak kek Platinum edisi terhad yang direka oleh Bayu Somerset.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.secretrecipe.com.my atau www.bayusomerset.com.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM