COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE
Colgate melancarkan ubat gigi ungu pertamanya, Colgate Optic White Purple. Ubat gigi pemutih berwarna ungu itu dirumus khas untuk membetulkan tona kuning dengan serta-merta serta mengandungi High Clean Silica dan Core Shell Silica bagi membantu menyingkirkan kotoran permukaan gigi. Gabungan kecanggihan teknologi Colgate dengan ramuan yang terbukti secara klinikal menjadikannya ‘beauty hack’ (godam kecantikan) untuk menyerlahkan senyuman cerah.
Direka sebagai ‘beauty hack’ yang unggul
Bermacam-macam trend kecantikan tular setiap hari, namun dalam kalangan individu yang celik kecantikan pun kadangkala terlupa akan kekuatan senyuman cerah.
“Ubat gigi pemutih Colgate Optic White Purple direka untuk memenuhi keperluan generasi celik kecantikan ini. Ia bukan sekadar penjagaan oral, malah kami mengilhamkan semula penjagaan oral sebagai kecantikan oral. Sehubungan itu, kami ingin menawarkan penyelesaian, atau dalam kes ini, ‘beauty hack’ yang menyerlahkan senyuman cerah dan membantu anda bersedia untuk apa jua keadaan,” kata Anand Taparia, Pengarah Kanan Pemasaran, Hub ASEAN Selatan, Colgate-Palmolive.
Mengambil inspirasi daripada teori warna, Colgate Optic White Purple memanfaatkan kuasa warna pelengkap bagi membetulkan tona kuning.
Selain warna ungu yang unik, ia mengandungi High Clean Silica dan Core Shell Silica yang membantu menyingkirkan kotoran pada permukaan gigi2 untuk kesan pemutihan yang efektif. Malah, formulanya juga mesra enamel2 dan selamat untuk kegunaan harian.
"Di Colgate, kami ingin memperkasakan setiap individu untuk menguasai kesihatan oral mereka dan menyerlahkan keyakinan diri dengan senyuman cerah. Ubat gigi pemutih ungu ini mudah untuk diterapkan ke dalam rutin kecantikan harian anda, selain menawarkan cara yang mudah dan sihat untuk mengukir senyuman yang sempurna,” tambah Anand.
Menyemarakkan lagi pelancaran Colgate Optic White Purple di Malaysia, Colgate akan membawakan “Colgate Purple Beauty Hack Bus” ke pusat beli-belah dan universiti terpilih di sekitar Lembah Klang sehingga ke Pulau Pinang mulai sekarang hingga 26 Mei. Sertai perjalanan Colgate Optic White Purple untuk mengenali teknologi pembetulan warna, menyertai pelbagai aktiviti interaktif, mencuba produk dan beraksi dengan senyuman cerah anda di ‘photo booth’, serta membawa pulang hadiah kejutan.
Comments
Post a Comment