UNIQLO LANCAR KOLEKSI BAHARU "ROGER FEDERER BY JW ANDERSON”


UNIQLO bakal menampilkan koleksi terbaru Roger Federer by JW ANDERSON – sebuah kolaborasi antara Roger Federer, pemain tenis berstatus legenda dan Duta Jenama Global UNIQLO, dengan jenama fesyen British JW ANDERSON. Koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2024 ini, diilhamkan daripada daripada pakaian tenis vintage, boleh digayakan untuk suasana santai atau aktif, menampilkan barisan Sport Utility Wear yang menggabungkan fungsi, serba kegunaan dan fesyen.



Gaya sempurna untuk sukan dan kehidupan seharian

Koleksi terbaru ini menampilkan warna-warna vintage yang menarik seperti hijau sage dan kelabu arang. Produk seperti Lightweight Parka, dengan siluet kotak yang diperkemas dengan pita color-block pada lengan, atau Nylon Jogger Pants, menampilkan siluet santai yang mengingatkan pada seluar track era 90-an, boleh digayakan untuk penampilan sukan dan santai. 

Baju Polo AIRism yang lembut dan selesa mempunyai corak jalur yang merupakan ciri rekaan JW ANDERSON. Baju polo dan seluar pendek yang diperbuat daripada bahan DRY-EX yang selesa untuk dipakai untuk pelbagai jenis sukan atau kegunaan harian yang aktif.

Roger Federer Collection by JW ANDERSON bakal berada di pasaran mulai 17 Mei.





Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

KESIHATAN INTIM LELAKI: PREMIER CLINIC BUKA JALAN BAHARU DENGAN TEKNIK KHATAN ZSR

BAKAL TIBA PADA 19 MEI DI MALAYSIA: SIRI HUAWEI WATCH FIT 5 BAHARU, WATCH ULTIMATE DESIGN EDISI SPRING, DAN FREECLIP 2 DALAM WARNA BERRY PURPLE