PEMBUKAAN BUTIK BAHARU LULULEMON DI GARDENS MALL SERTA AKTIVITI KOMUNITI UNTUK MENGGALAKKAN RAKYAT MALAYSIA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT


lululemon, syarikat pakaian sukan teknikal, kasut dan aksesori untuk aktiviti yoga, larian, dan latihan dengan sukacita mengumumkan pengembangannya di Malaysia menerusi pembukaan butik di The Gardens Mall pada 13 Jun 2024. Penambahan butik terbaharu ini membuktikan komitmen lululemon untuk terus memperluaskan perniagaannya secara antarabangsa, memupuk semangat komuniti serta menggalakkan rakyat Malaysia memulakan langkah pertama dalam perjalanan kecergasan dan kesejahteraan mereka.

Bagi menandakan peristiwa penting ini, lululemon akan melancarkan koleksi terbaharunya, yang menampilkan pelbagai warna baharu yang menawan untuk produk hero dwi-jantina yang berinovasi, termasuk Pace Breaker Short, Zeroed in Short, Align Short, License to Train Short, dan Hotty Hot Short untuk semua jantina.

Memperkenalkan Koleksi Seluar untuk Semua Jantina di mana Versatiliti Digabungkan dengan Fungsi

Koleksi ini menampilkan lima gaya utama, setiap pakaian menggabungkan versatiliti, keselesaan, dan kebolehpercayaan, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti yoga, larian, latihan, dan banyak lagi.


Koleksi ini mempamerkan dedikasi lululemon terhadap usaha menyediakan pakaian berkualiti tinggi yang memenuhi pelbagai cita rasa, minat dan gaya hidup aktif. Berpegang teguh kepada falsafah keterangkuman dalam domain kesihatan dan kesejahteraan, produk ini direka khusus untuk semua jantina dan komuniti tempatan. Ini termasuk hijab mereka yang diperbuat daripada fabrik Nulu™ yang ringan.

Acara Komuniti Get Into It

lululemon menjemput rakyat Malaysia untuk merasai kegembiraan bergerak aktif dengan menyertai Acara Komuniti Get Into It pada 15 dan 16 Jun. Acara ini bertujuan untuk memupuk budaya gaya hidup cergas atau #sweatlife dan pada masa sama mengukuhkan lagi semangat komuniti. Lululemon bekerjasama dengan PassionFit, F45 Damansara Heights, Club Aloha dan Bro Lab bagi menawarkan pelbagai aktiviti senaman berkumpulan, termasuk sesi senaman basikal, larian, latihan dan banyak lagi. Acara ini berupaya meningkatkan kesejahteraan secara menyeluruh, menangani masalah fizikal, sosial dan mental dengan pendekatan inklusif untuk semua jantina.

Menerusi sesi dan bengkel kecergasan itu, para peserta akan memulakan perjalanan gaya hidup aktif yang direka khusus. Mereka juga berpeluang untuk merasai versatiliti, keselesaan dan kebolehpercayaan produk lululemon. Acara itu turut menyediakan peluang berharga bagi peminat kecergasan bertemu dengan individu yang mempunyai minat sama dan membina rangkaian sokongan berteraskan kesejahteraan. Ini mencerminkan komitmen jenama tersebut terhadap usaha meningkatkan perjalanan kesihatan dan membangunkan komuniti yang progresif.

Pendaftaran dibuka pada 1 Jun 2024. Dapatkan butiran lanjut mengenai Acara Komuniti Get Into It dan pastikan anda mendapatkan tempat anda hari ini di sini kerana penyertaan adalah terhad. RM20 daripada setiap jualan tiket akan disumbangkan kepada rakan Here To Be lululemon, Buku Jalanan Chow Kit, sebuah organisasi yang komited untuk menyokong pendidikan dan mewujudkan persekitaran sihat untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.


Selain itu, 50 pembeli pertama yang berkunjung ke butik baharu di The Gardens Mall dengan belanja minimum RM1,500 akan menerima satu botol air eksklusif lululemon yang boleh diukir dengan nama pembeli di butik itu dari 13 hingga 16 Jun. Jadi, pastikan anda singgah ke butik lululemon di The Gardens Mall, di mana anda boleh menerokai koleksi terbaharu mereka dan mengalami gaya hidup lululemon.

Sila muat turun imej beresolusi tinggi dan keterangan mengenai produk yang ditawarkan di sini. Untuk mendapatkan tempat ke Acara Komuniti Get Into It, sila daftar di sini.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU