“CAMPAK BINTANG” - KARYA MENGGABUNGKAN POP TERKINI DENGAN WARISAN BUDAYA MELAYU


Sebuah sejarah dilakarkan untuk industri muzik apabila dua ikon muzik Malaysia, Dato’ M.Nasir dan Faizal Tahir berduet dalam sebuah kolaborasi single terbaru mereka berjudul Campak Bintang terbitan Faithful Music Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd. 

Campak Bintang adalah sebuah karya menyatukan pop dengan warisan budaya melayu yang membuktikan sinergi antara rentak muzik moden dan irama tradisional .Dengan gabungan kreatif dari mereka yang tak tertandingi, mereka telah menyatukan irama dan sentuhan ikonik dalam sebuah lagu yang mencengkam hati dan merentasi generasi.

Menurut Faizal, “Campak Bintang” adalah lagu yang mengisahkan pengorbanan melepaskan sesuatu yang kita cintai untuk mendapatkan sesuatu yang jauh lebih berharga.” Mengenai pemilihan Dato’ M.Nasir untuk berduet, Faizal Tahir menjelaskan pemilihan Dato’ M.Nasir kali ini adalah sesuatu yang besar dan keputusan ini tidak dilakukan sebarangan.“Kami merasakan kehadiran Dato’M.Nasir sangat diperlukan dengan kehendak lagu dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dato’ M.Nasir dan tim Luncai Emas memberikan kerjasama yang sangat baik.”- Ujar Faithful Music


“Dunia muzik telah digegarkan oleh bakat seperti Faizal Tahir dan hampir juga ia diselamatkan generasi ini. Lega kerana ada sang pengkarya yang tidak habis-habis melahirkan karya-karya baru yang berkualiti sejak kemunculannya, Lagu ini, sumbangan kami berdua, adalah satu manifestasi.” Ujar Dato’M.Nasir.

Single “Campak Bintang” nyanyian Dato’M.Nasir dan Faizal Tahir adalah hasil ciptaan Faizal Tahir sendiri bersama Romeo,Glowrush dan juga Karim Karam. “Kolaborasi ini telah dilahirkan dengan kerjasama kedua-dua pihak. “Syukur keatas hadrat Illahi dengan izinNya, maka sempurnalah satu lagi karya muzik dari dua penyanyi ikon muzik seperti M.Nasir & Faizal Tahir.” Kata Luncai Emas Sdn Bhd

Tentang langkah seterusnya, Faizal Tahir belum mempunyai sebarang perancangan, tetapi tidak menolak jika ada rezeki untuk berkolaborasi dengan M.Nasir sekali lagi atau penyanyi yang lain.


Sebuah video klip bagi single ini telah dibuat penggambarannya pada 19 April yang lalu bertempat di Cine Studio. Single ini telah dilancarkan di semua saluran digital dan muzik videonya di saluran youtube Faizal Tahir pada 3 Mei lalu. Faithful Muzik dan Luncai Emas berharap single duet ini dapat diterima oleh semua peminat M.Nasir & Faizal Tahir khususnya serta para media dan juga masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM