ASTRO MEMPERINGATI HARI BUMI DENGAN KEMPEN “RIMBAKITA: SAVE OUR EARTH”
Sempena memperingati Hari Bumi, Astro melancarkan kempen “RimbaKita: Save Our Earth” untuk meningkatkan kesedaran dan memangkin tindakan merentasi tonggak Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pelanggan Astro boleh menikmati pelbagai program seperti dokumentari menerusi rakan kongsi saluran pembelajaran kami termasuk Love Nature, BBC Earth, Global Trekker, Animal Planet, World Wide Fund for Nature (WWF) dan banyak lagi melalui Ultra/Ulti Box dan Astro GO mereka. Program-program ini akan tersedia pada pautan khas di On Demand, “RimbaKita: Save Our Earth”.
Kempen “RimbaKita: Save Our Earth” akan menampilkan pelbagai program baharu dan sedia ada yang mengetengahkan isu alam sekitar kritikal seperti pemuliharaan perhutanan, pemeliharaan hidupan liar, perubahan iklim dan banyak lagi. Pelanggan yang menyaksikan program-program melalui On Demand dari 22 April hingga 12 Mei 2024, dan berpeluang memenangi hadiah dan barangan eksklusif. Antara program yang disediakan termasuk:
- Evolution Earth di Love Nature, Changing Planet: Coral Special di BBC Earth, serta Eco Eye di Global Trekker, menyentuh tentang pemuliharaan alam sekitar dan pemeliharaan hidupan liar yang boleh membuatkan penonton melibatkan diri dalam isu mendesak tentang perubahan iklim dengan siri dokumentari kehidupan marin dan ekosistem yang pelbagai.
- Untuk mereka yang terpesona dengan penerokaan hidupan liar semula jadi, Saving the Gorilla: Ellen’s Next Adventure di Animal Planet akan mengikuti perjalanan Ellen DeGeneres ketika dia memenuhi impiannya untuk melindungi warisan Dian Fossey dengan membina The Ellen DeGeneres Campus of the Dian Fossey Gorilla Fund di Rwanda. Program lain yang menarik perhatian termasuk Africa's Wild Year di Love Nature, siri menawan yang mempamerkan perubahan bermusim dan tingkah laku hidupan liar dari pelbagai wilayah di Afrika. Pengalaman mengasyikkan ini memberikan pandangan luas tentang kepelbagaian biologi yang kaya di benua dan kehidupan menarik penduduknya.
- Sebagai tambahan, nikmati siri santai bertajuk Good Neighbors, lakonan Kuah Jen Han dan Tony Eusoff. Dihasilkan oleh WWF-Malaysia dan Instant Café Theatre, siri pendek ini memperjuangkan infrastruktur mampan dan akibat pengabaian terhadap masalah setempat.
Peraduan Stream & Win ini diadili dengan jumlah masa tontonan tertinggi daripada pelanggan dan pemenang berpeluang merasai Pengalaman Perkhemahan Mewah Keluarga di Cameron Highlands, Khemah Perkhemahan Arpenaz Quechua atau barangan eksklusif Astro Go-Green. Pemberian hadiah ini terbuka kepada semua pelanggan Astro yang menonton program di On Demand menerusi pautan “RimbaKita: Save Our Earth” dari 22 April 2024 hingga 12 Mei 2024.
Saluran Previu Percuma Baharu 'HEROES' menawarkan barisan program penuh aksi
Bermula dari 10 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024, pelanggan Astro juga boleh menikmati saluran previu baharu “HEROES” (Saluran 100) tanpa kos tambahan yang menampilkan filem dan drama bergenre aksi, mengasyikkan dan drama bersiri wira dan wirawati kegemaran seperti:
Di alam Filem Hero Malaysia, pengembaraan penuh aksi berkuasa. Antara tajuk yang popular termasuk Gerak Khas, Cicak Man, dan Abang Long Fadil yang akan memacu adrenalin dalam pelbagai filem yang dipenuhi dengan urutan aksi menarik serta membuatkan tontonan yang mengasyikkan. Beralih ke adegan filem Korea, peminat aksi dihidangkan dengan pelbagai pengalaman yang menarik seperti Midnight Runners dan Train to Busan yang menawarkan mengembaraan watak dan jalan cerita yang pelbagai. Selain itu, Doctor Romantic, Teacher Kim S1 dan S2 menyediakan gabungan unik drama dan aksi perubatan yang tersedia secara eksklusif di On Demand sahaja. Bagi peminat aksi, barisan program yang dinanti-nantikan termasuk A Thursday, Heropanti 2, Tokyo Drift, Pacific Rim: Uprising, dan Battleship bakal meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan, mempamerkan kehebatan tayangan pawagam dengan visual dan penceritaan yang menakjubkan, serta padat dengan adegan aksi yang menyayat hati yang membuatkan penonton teruja.
Saluran ini menawarkan pelbagai rancangan menarik dalam Bahasa Malaysia, Cina, Tamil, Korea, Hindi dan Inggeris, memenuhi permintaan para penonton. Ia juga menampilkan pelbagai pilihan filem dari Indonesia dan Thai untuk peminat filem-filem antarabangsa.
Cipta momen keluarga yang tidak dapat dilupakan dengan Astro Baharu dari hanya RM41.99/bulan dengan potongan 30%*. Untuk maklumat lanjut tentang kempen “RimbaKita: Save Our Earth” dan inisiatif alam sekitar Astro, sila layari www.astro.com.my.
Comments
Post a Comment