TRAVELOG PENDAKIAN 13 GUNUNG DI SABAH DALAM “SYURGA ALAM BORNEO” DI OKEY


Sebut sahaja gunung yang terdapat di Negeri Bawah Bayu, Sabah pastinya orang ramai membayangkan Gunung Kinabalu yang menjadi destinasi tarikan di Malaysia terutamanya dalam kalangan pendaki gunung. Begitu juga informasi keunikan di Sabah sangat sinonim dan amat terikat dengan tempat-tempat yang kerap menjadi tumpuan utama seperti Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan, Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Sepilok – Orang Utan dan Pantai-Pantai Awam.

Namun menerusi program travelog terbaharu bertajuk “Syurga Alam Borneo” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 12 Mei ini, setiap Ahad, pukul 12.00 tengahari menerusi saluran Okey, pastinya akan memberikan satu lagi profil terkini negeri Sabah dan mampu membuka wajah negeri Sabah yang penuh dengan keunikan dan keindahan semulajadinya.

Sabah sebenarnya memiliki banyak tempat pelancongan yang menjadi serta memiliki identitinya yang tersendiri. Antaranya ialah identiti tanah tingginya yang membawa negeri Sabah dengan gelaran The Land Below The Wind. Namun, tahu kah kita, falsafah The Land Below The Wind ini tidak hanya merujuk kepada Gunung Kinabalu semata-mata tetapi juga merujuk kepada beberapa profil tanah tinggi yang wujud di Sabah tetapi kurang dikomersilkan.

Selain untuk kekal menarik dan terus gah dalam pengetahuan masyarakat tempatan, di sebalik kegemilangan Gunung Kinabalu yang dikenali sebagai gunung yang pasif dan tertinggi di Asia Tenggara, Sabah juga memiliki beberapa gunung yang memiliki sejarah gunung aktif suatu ketika dahulu yang masih memiliki kesan sejarahnya seperti Gunung Magdalena, Gunung Lucia, Gunung Maria, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Kaingaran, Gunung Tribulation, Gunung Sinsing, Gunung Nungkok, Gunung Sirongol, Gunung Tiger, Gunung Bombalai, Gunung Wakid dan Gunung Emas yang masih kerap dikunjungi pelancong tempatan.

Melalui penerokaan ini, hos program Saree Abdullah akan berkongsi info pendedahan bahawa tanah tinggi gunung dan bukit negeri Sabah adalah amat luas dan besar, malah ada lokasi tempatan yang sebenarnya indah dan memiliki kelas dunia tetapi kurang suntikan komersil.

Selain menerusi saluran Okey, anda juga boleh menonton tayangan travelog ini menerusi RTMKlik.



Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?