GANDINGAN MANTAP AMIR HASAN & REBELASIA DALAM SINGLE 'MONA"


Sejak awal kemunculannya dahulu, Amir Hasan kerap menampilkan sesuatu yang berbeza buat peminat muzik dan pendengar setianya secara umum. Kini Amir kembali lagi bersama seorang lagi rakan seninya, iaitu RebelAsia dengan sebuah karya yang tidak kurang menarik berjudul ‘Mona’. 

Dicipta oleh Madebyartin, P4PI, dan RebelAsia lagu ini juga mendapat sentuhan lirik P4PI bersama RebelAsia sendiri. 

“Mona sebenarnya merupakan sebuah lagu yang mewakili mimpi-mimpi serta impian yang ingin dikecapi. Ia seolah-olah menyeru semua orang untuk tidak berputus asa walaupun hidup penuh dengan aneka dugaan dan cabaran. Ia juga satu pesanan untuk sentiasa kekal merendah diri dan berbangga dengan segala kejayaan yang pernah dicapai. Ia adalah mahakarya peribadi seseorang dalam kehidupan,” jelas Amir panjang lebar. 


Menurut Amir lagi, lagu yang diterbitkan oleh Madebyartin ini juga mengambil waktu sekitar sehari untuk proses rakaman. “Kami mengambil masa sehari untuk memikirkan melodi yang sesuai hinggalah tema yang ingin dilagukan dalam versi rap. Madebyartin berjaya menghasilkan rentak yang hebat lantas jadi saya dan RebelAsia hanya perlu mengisinya dengan kata-kata yang sesuai. Kami memasukkan bait lirik rap secara bebas atau ‘freestyle’ dan dari situ semuanya terhasil dengan sendiri,” tambah Amir lagi. 

Berbekalkan rentak muzik yang hebat serta alunan rap yang mengasyikkan, Mona dijangka bakal mencuri perhatian peminat muzik progresif Malaysia. “Saya harap semua orang akan dapat menikmati karya ini sebagaimana kami telah menikmati proses menghasilkannya,” ujar Amir menutup bicara. 


Bakal dikeluarkan pada tarikh 10 Mei 2024, ‘Mona’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM