PENERAJU KEDAI DOBI TEMPATAN, DOBIQUEEN MENDEDAHKAN CORAK SENARIO DOBI MALAYSIA


Menurut penyelidikan pasaran, industri dobi bersedia untuk pengembangan dan perubahan pesat atas pelbagai sebab, termasuk perubahan kecenderungan pelanggan, peningkatan teknologi dan kebimbangan tentang alam sekitar.

Di Malaysia, pasaran Penjagaan Rumah & Dobi dijangka memperoleh pendapatan AS$1.14 bilion (RM5.4 bilion) pada tahun 2024. Terdapat juga trend yang semakin meningkat ke arah produk penjagaan rumah dan dobi mesra alam, dengan pengguna yang lebih sedar tentang alam sekitar mereka.

Dobi tempatan, dobiQueen telah berjaya berkembang daripada lima kepada 82 cawangan dalam tempoh lapan tahun perkhidmatan sejak penubuhannya pada 2015.

“Kami telah melihat pelbagai corak pengguna dalam isi rumah Malaysia, terutamanya dalam sektor dobi. Walaupun kerja menjadi keutamaan, masih ramai yang pulang ke rumah untuk menguruskan pinggan mangkuk dan dobi yang kotor. dobiQueen melangkah ke depan sebagai penyedia perkhidmatan untuk membantu isi rumah yang sibuk dengan mengurangkan beban kerja rumah,” kata Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif dobiQueen, Nini Tan.

“Daripada jumlah ini, 75% pengguna dobi adalah wanita. Malah dalam era moden hari ini, wanita masih mengendalikan beban majoriti kerja rumah,” tambah Tan.

Menurut tinjauan penggunaan-masa Institut Penyelidikan Khazanah, wanita menghabiskan 63.6% lebih banyak masa setiap hari untuk kerja tanpa gaji berbanding lelaki, menghalang wanita daripada melabur masa dalam kerjaya sepenuh masa dan pekerjaan formal.

Wanita yang bekerja jangka masa sama dengan lelaki dalam pekerjaan bergaji, sebaliknya, tidak dikecualikan daripada tanggungjawab domestik. Selepas menghabiskan kira-kira 6.6 jam kerja bergaji setiap hari, wanita terus melakukan tambahan 3.6 hingga 4 jam secara purata untuk kerja-kerja yang tidak dibayar selepas waktu pejabat, yang membawa kepada "beban berganda" atau "syif kedua".

Menerusi data yang diperoleh daripada aplikasi mudah alih miliknya yang mempromosikan kemudahan pengalaman dobi melalui eWallet dan pembayaran dalam talian, dobiQueen telah memerhati profil pelanggan daripada ratusan ribu muat turun sepanjang lapan tahun yang lalu. Majoriti demografinya terdiri daripada wanita dengan 50% bekerja sepenuh masa, manakala 50% sebagai suri rumah.

“Pertaruhannya tinggi buat golongan wanita. Mereka bekerja keras untuk meningkatkan tahap kejayaan profesional di tempat kerja, tetapi juga dikehendaki untuk cemerlang dalam menjalankan tugas di rumah. Tidak kira suri rumah, yang menguruskan kerja rumah, anak kecil dan banyak lagi,” tambah Tan.

Bagi penggunaan bulanan buat setiap isi rumah, kebanyakan isi rumah yang menggunakan perkhidmatan dobiQueen biasanya memperoleh kurungan pendapatan RM5,000 dan ke atas. Mereka membelanjakan sekurang-kurangnya RM20 seminggu atau RM80 sebulan untuk perbelanjaan dobi.



“Kami juga mendapati dari segi cucian biasa, barangan terdiri daripada pakaian harian (80%), persalinan tempat tidur (10%), tuala (5%) dan lain-lain (5%).

“Dengan barangan yang lebih besar seperti cadar, langsir dan sarung kusyen, ia dicuci secara purata sekali dalam tiga bulan atau ketika menghampiri musim perayaan. Ramai isi rumah memilih untuk membasuh barangan yang lebih berat ini dalam satu muatan, kerana dobiQueen mempunyai mesin bersaiz besar yang boleh menampung sehingga 32kg dobi,” tambah Tan.

Dari segi masa yang dihabiskan untuk dobi, salah satu kelemahan kedai dobi adalah pilihan layan diri. Seseorang biasanya perlu menunggu pakaian dibasuh sebelum memindahkannya secara manual ke pengering, yang boleh mengambil masa hampir dua atau tiga jam.

“Salah satu kelebihan tentang dobiQueen ialah pelaburan kami dalam jumlah pekerja untuk penyelia cawangan. Kami membezakan diri kami dengan membantu pelanggan untuk memindahkan pakaian dari mesin basuh ke mesin pengering dan akhirnya ke dalam beg. Pelanggan tidak perlu menunggu dan memanfaatkan masa ini untuk makan bersama orang tersayang atau melakukan urusan lain.

“Penyelia cawangan bantu memuatkan pakaian pelanggan yang akan dipindahkan ke mesin pengering dan kemudian dilipat. Hujung ke hujung, pelanggan hanya menghabiskan satu jam dari masa mereka menghantar dan mengambil pakaian mereka,” jelas Tan.

Pemacuan dobiQueen untuk menginovasi industri dobi telah menyaksikan banyak kemajuan di mana mereka telah mengekalkan pelanggan melalui perkhidmatan Hantar & Jemput (Drop-off & Pickup) dan 6-Jam Penghantaran Ekspres (6-Hour Express Delivery) di mana pelanggan boleh menyerahkan dobi mereka untuk dicuci kepada pekerja dobiQueen dan menjangkakan menerima dobi yang wangi dan dilipat dalam satu hari.

Inovasi juga telah menyaksikan dobiQueen mengamalkan langkah kemampanan dan tanggungjawab alam sekitar.

“Kami telah melaksanakan beg pakaian mesra alam dan bukannya penggunaan beg plastik, suis sensor gerakan di semua cawangan untuk memastikan tenaga digunakan apabila perlu, kawalan pemasa untuk semua kipas ekzos, penyejuk udara dan lampu serta pelaburan ke dalam fungsi solar,” kongsi Tan.

Bagi rancangan dobiQueen yang akan datang, Tan yakin dengan rancangan pengembangan dengan pertumbuhan 5 hingga 20 cawangan setiap tahun. Selain mengembangkan perniagaan, Tan menekankan kesihatan mental dan kesejahteraan memfokuskan pada "masa untuk perhubungan semula" dengan keluarga dan orang tersayang. dobiQueen juga aktif bekerjasama dengan komuniti B40 untuk menyediakan sokongan dan peluang pekerjaan.

“Dobi adalah perkara biasa, dan ia tidak biasa diperkatakan. Tetapi di dobiQueen, kami tabik kepada majoriti wanita yang mengekalkan rumah tangga. Matlamat kami adalah untuk mengurangkan kerja rumah buat orang dewasa yang bekerja dan mengembalikan masa berharga mereka, yang boleh diluangkan dengan lebih baik bersama keluarga dan rakan-rakan,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut tentang dobiQueen, layari laman webnya di www.dobiqueen.my atau ikuti mereka di platform media sosial, Facebook dan Instagram (@dobiqueen) bagi mengikuti promosi dan hadiah peraduan yang akan datang untuk dinikmati oleh semua pelanggan!

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM