RECHARGE ALONG YOUR JOURNEY: ZERO HEALTHCARE TAWAR URUTAN PERCUMA DI 5,000 LOKASI



Bagi mentransformasikan pengalaman pelancongan di Malaysia, jenama tempatan ZERO Healthcare hari ini memperkenalkan konsep ZERO Power Station bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, yang mentakrif semula cara pelancong berehat dan memulihkan tenaga menerusi lokasi kesejahteraan yang mudah diakses di seluruh negara. Dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2022, ZERO Power Station telah berkembang kepada lebih 800 lokasi dengan lebih 2,000 kerusi urut awam di seluruh Malaysia. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, ZERO Healthcare menyasarkan peluasan platform ini kepada 5,000 lokasi kesejahteraan menjelang akhir tahun 2026.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Encik Samuel Lee Thai Hung, sekali gus menandakan ZERO Healthcare sebagai rakan strategik dalam menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).


Beliau berkata: “Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, fokus kami bukan sahaja untuk menarik pengunjung, tetapi juga mempertingkatkan kualiti keseluruhan pengalaman mereka sepanjang perjalanan. Inisiatif seperti ZERO Power Station mencerminkan inovasi yang kami alu-alukan, kerana ia meningkatkan keselesaan dan kemudahan pelancong, di samping memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi yang progresif dan berpaksikan pengalaman pengunjung.”

Membawa Pengalaman Kesejahteraan ke Lokasi Tumpuan Pelancong

Ketika Malaysia bersiap siaga untuk VM2026, fokus kini bukan sekadar menarik pengunjung tetapi mempertingkatkan mutu pengalaman perjalanan mereka. ZERO Power Station ialah pengalaman urutan kongsi berasaskan aplikasi, yang direka bagi mengatasi cabaran lazim ketika melancong — seperti berjalan jauh, menunggu lama, dan perjalanan panjang dengan akses terhad kepada ruang rehat yang berkualiti. Ia memperkenalkan lokasi-lokasi kesejahteraan yang mudah diakses di kawasan padat seperti pusat beli-belah, hab pengangkutan, dan tarikan pelancongan — menawarkan ruang selesa untuk pengembara berehat dan memulihkan tenaga.

“Pelancong hari ini bukan sekadar mencari destinasi, tetapi juga pengalaman perjalanan yang lebih baik,” kata Pengasas & Pengarah Urusan ZERO Healthcare, Tommy Tham. “Melalui ZERO Power Station, kami memperkenalkan penyelesaian yang ringkas namun berimpak dengan menerapkan kesejahteraan ke dalam setiap momen perjalanan harian. Sebagai jenama kebanggaan Malaysia, kami amat berbesar hati dapat menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui penambahbaikan bermakna terhadap cara orang ramai menikmati pengalaman di negara kita.”


Maskot rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026, Wira dan Manja, bersama maskot ZERO Healthcare, Captain Roro Paws, juga akan membuat penampilan khas di lokasi-lokasi ZERO Power Station bagi mewujudkan pengalaman yang interaktif dan menarik, demi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang progresif dan dipacu kesejahteraan.

‘Recharge Along Your Journey’: Pengalaman Kesejahteraan yang Lancar dan Mudah Diakses

Berteraskan tema kempen ‘Recharge Along Your Journey’, ZERO Power Station mengintegrasikan elemen kesejahteraan ke dalam setiap momen perjalanan harian.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ZERO, menerima kredit percuma sebagai pengguna kali pertama, dan menikmati pengalaman kerusi urut serta-merta dalam hanya beberapa minit. Empat konsep Power Station turut diperkenalkan bagi memperlihatkan fleksibiliti penyelesaian ini merentasi pelbagai jenis persekitaran.


Konsep-konsep ini menyerlahkan fleksibiliti serta kebolehskalaan penyelesaian tersebut, sekali gus membolehkan ia diperluas ke seluruh landskap pelancongan Malaysia yang pelbagai.

Dengan perancangan untuk terus melebar sayap ke seluruh Malaysia dan rantau ini, ZERO Healthcare berhasrat membina jaringan lokasi kesejahteraan di peringkat nasional, sejajar dengan visinya untuk membina Masyarakat yang ‘bebas tekanan, bebas penyakit (zero-stress, zero-illness)’, sambil menyokong aspirasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

MEMUPUK GENERASI KANAK-KANAK BIJAK: FERNLEAF LANCAR SUSU TEPUNG RUMUSAN UNTUK KANAK-KANAK DENGAN NUTRISI SMARTGRO™ DIPERTINGKAT UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KANAK-KANAK MODEN KINI

MALAYAN FLOUR MILLS BERHAD RAIKAN ULANG TAHUN KE-60 TAHUN, PERLUAS EKOSISTEM MAKANAN BERSEPADU DENGAN PELANCARAN PRODUK SEDIA DIMAKAN