“NGESOT”: KISAH SURVIVAL THRILLER LAKONAN ZUL HUZAIMY YANG MENGGETARKAN HATI


Filem-filem genre survival seperti Cast Away (Tom Hanks), 127 Hours (James Franco), The Revenant (Leonardo Dicaprio), The Edge (Anthony Hopkins) dan banyak lagi memang mendapat sambutan daripada penggemar filem dan juga pengkiritik filem antarabangsa. Namun begitu, belum pernah lagi genre ini mendapat perhatian daripada pengeluar filem tempatan sehinggalah hari ini, di mana filem “Ngesot,” terbitan KASH PICTURES Sdn Bhd membuka jalan bagi genre ini di pawagam Malaysia. 

Filem ini mengambil inspirasi dari kisah benar Nicholas Andrew, seorang penjawat awam Askar Wataniah. Nicholas menghadapi pelbagai kesusahan setelah terlibat dalam kemalangan parah dan terperangkap di hutan selama beberapa hari. 

Kejadian ini berlaku pada tahun 2014 di Tapah, Perak, ketika kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sebuah gaung. Tanpa makanan dan minuman selama 4 hari serta luka yang meliputi seluruh badan, Nicholas terpaksa mengesot di hutan dan berdepan dengan rintangan serta binatang buas untuk menyelamatkan dirinya. Nicholas juga terpaksa berdepan dengan pelbagai halusinasi akibat trauma kemalangan serta lapar dan dahaga.

Kisah ini telah diolah untuk tayangan di layar perak dengan membariskan barisan pelakon handalan seperti Zul Huzaimy, Sharifah Sakinah, Luqman Hafidz dab Khir Rahman.  

Zul Huzaimy memegang watak Syazwan

Dalam filem ini, pelakon popular Zul Huzaimy memegang watak Syazwan, seorang lelaki yang memiliki semangat juang tinggi dan berjiwa besar. Setelah mengalami kemalangan dan terjunam di dalam hutan bersama rakan baiknya, Syazwan berusaha mengatasi kesukaran. Sementara itu, isteri dan adik Syazwan, Nisa dan Suria, berusaha yang terbaik untuk mencari mereka.

Bolehkah Syazwan menyelamatkan dirinya? Pertanyaan ini akan dijawab dalam filem “Ngesot.”

Penerbit Filem Ngesot: Prakash Murugiah

Empat Sebab Mengapa Anda Harus Tonton NGESOT

1) Inspirasi dari Kisah Benar: Filem ini diilhamkan dari kisah benar Nicholas Andrew, seorang penjawat awam Askar Wataniah yang mengalami kemalangan dan terperangkap di hutan selama beberapa hari. Dengan lengan dan kaki yang patah, Nicholas berusaha dengan gigih untuk keluar dari situasi yang mengancam nyawanya.

2) Genre “Survival Thriller” yang belum pernah diketengahkan dalam filem tempatan: “Ngesot” merupakan filem genre “Survival Thriller” pertama yang menampilkan perjuangan seseorang untuk bertahan hidup dalam situasi yang ekstrem. Penonton pastinya dapat merasakan pahit getir dan emosi yang dilalui oleh watak utama di sepanjang filem.

3) Barisan Pelakon Popular: Zul Huzaimy, Sharifah Sakinah, Luqman Hafidz, Khir Rahman, dan Zakaria Zahid adalah beberapa pelakon yang terlibat dalam filem ini. Kebolehan mereka membawa watak dan menghidupkan cerita menjadi daya tarikan tersendiri.

Pengarah FIlem Ngesot - Ayez Shaukat

4) Pengarah berbakat yang semakin meningkat naik: Nama Ayez Shaukat mungkin masih belum lagi menjadi sebutan ramai sebagai pengarah filem. Namun begitu, beliau merupakan seorang ahli gusti Malaysia terkenal, telah aktif terlibat dalam pembikinan filem tempatan. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam industri perfileman dan telah berkecimpung selama 16 tahun. Ayez terlibat dalam pembikinan filem Bini-Biniku Gangster dan KL Gangster 2. Peranannya sebagai pengarah aksi membuktikan kebolehannya dalam mengatur adegan aksi dan suspens dalam filem. Sebelum ini beliau pernah mengarah filem Gila Gusti, yang merupakan filem bertemakan gusti profesional (pro wrestling) pertama di Malaysia. Semoga karya-karyanya terus menghibur dan menginspirasi penonton! 

Filem Ngesot diterbitkan oleh KASH PICTURES SDN BHD dan diedarkan oleh METROWEALTH dan mendapat sokongan penuh dari KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) dan PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) melalui DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD). Filem ini dihasilkan dengan harapan dapat berjaya dan menemui penonton di pawagam.


Filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam negara bermula 9 Mei 2024.


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM