ZENIA, KERUSI URUT TANPA WAYAR PERTAMA DI DUNIA MEMBUAT PENAMPILAN SULUNGNYA DI PUNCAK GUNUNG KINABALU


Kerusi urut tanpa wayar pertama di dunia iaitu Zenia yang dihasilkan oleh Evis telah membuat penampilan sulungnya di puncak tertinggi Malaysia, Gunung Kinabalu. Kerusi ini telah dibawa ke ketinggian lebih dari 4,000 meter dari paras laut bagi meraikan kecekalan kemanusiaan dan memberi dorongan kepada individu untuk mengembara dunia.

Pada masa ini, para pendaki yang melawat Gunung Kinabalu dapat merasai sendiri  pengalaman menggunakan Zenia di ibu pejabat Taman Negara Kinabalu, atau di rumah persinggahan Laban Rata Sutera Sanctuary Lodges.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Evis, Low Jay See berkataa, "Kami percaya bahawa pelaburan dalam produk ergonomik dapat dimanfaatkan untuk kesihatan untuk jangka masa panjang. Ia adalah salah satu cara untuk mengurangkan sesi perubatan yang lebih mahal dan memakan masa. Zenia berdedikasi untuk mencipta produk ergonomik ke tahap yang seterusnya bagi menjamin keselesaan yang tiada tandingannya kepada para pelanggan kami. Di samping itu, kami berharap agar produk ergonomik ini juga boleh menangani masalah di bahagian leher dan belakang yang semakin menular masa kini."

Dengan menggabungkan fungsi kerusi urut dengan kerusi pejabat, Zenia menyediakan penyelesaian yang holistik bagi mereka yang mencari keselesaan dan penjagaan tulang belakang yang lebih sihat, sambil berehat selepas seharian bekerja. Inovasi Zenia juga terletak pada ciri kawalan telefon intuitifnya yang membolehkan individu menyesuaikan pengalaman urut mereka melalui aplikasi telefon pintar yang mesra pengguna. Kemudahan teknologi ini menjadi salah satu ciri inovatif yang membolehkan mereka menyesuaikan urutan untuk menumpukan di bahagian badan yang tertentu.


Reka bentuk Zenia turut menampilkan sandaran tangan 5D dan penyesuaian multidimensi untuk memastikan sokongan optimal di bahagian lengan dan bahu. Ciri-ciri ini menggalakkan postur semula jadi yang yang lebih selesa untuk menaip dan menggunakan tetikus dalam tempoh yang lama. 

Salah satu ciri unggul Zenia adalah sokongan leher dan pinggang yang direka dengan teliti untuk menyelaraskan tulang belakang dan mengurangkan tekanan. Reka bentuk strategik ini juga mampu melawan kesan negatif postur buruk ketika bekerja di pejabat. 

Komitmen Zenia terhadap kesihatan tulang belakang perkukuhkan lagi dengan integrasi teknologi Z-Flux, satu inovasi revolusioner yang diinspirasikan oleh sentuhan dan teknik tukang urut profesional. Teknologi ini memberi kesegaran, melegakan ketegangan dan tekanan selepas seharian bekerja atau melakukan aktiviti fizikal yang mencabar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.evis.com.my/ 

 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!