VIVO LANCAR TELEFON PINTAR NEX 3 DENGAN HARGA RM3,899



Vivo pada hari ini telah memperkenalkan peranti terbaharunya iaitu NEX 3 di Kuala Lumpur, Malaysia. NEX 3 menggabungkan inovasi terbaharu Vivo lalu menetap semula standard peranti utama untuk para pengguna yang inginkan pengalaman mudah alih premium yang luar biasa. 

Dilengkapi dengan paparan Waterfall FullView™ Display, persediaan tiga kamera termasuk lensa utama 64MP, dan diisi penuh dengan aplikasi pintar, NEX 3 kini meningkatkan pegalaman pengguna ke tahap yang lebih tinggi. 

“NEX 3 adalah peranti yang sempurna untuk pengguna yang inginkan peranti utama yang terhebat. Paparan POLED Waterfall FullView™ Display amat luas dimana ia memaparkan skirn yang hampir tanpa bingkai, membolehkan pengguna menikmati pengalaman visual dan interaktif yang lain daripada yang lain. Gabungan tiga kamera bertujuan untuk memberikan liputan fokus yang penuh untuk kualiti gambar yang mantap. Peranti ini hadir dengan bateri tahan lama yang disokong prestasi pengkomputeran, dan keupayaan kecerdasan buatan yang dinaik taraf. Dengan NEX 3, kami telah melampaui batas inovasi dalam industri untuk menyediakan pengalaman yang paling premium untuk para pengguna pada hari ini,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia. 

Reka Bentuk Cemerlang termasuk FullView™ Display 

Paparan POLED Waterfall FullView™ Display menyediakan skrin yang luas dan melengkung yang kelihatan anggun. Ditambah baik daripada rekaan sebelumnya iaitu FullView™ Display, NEX 3 mempunyai skrin dwi-lengkung dan reka bentuk yang hampir tiada bingkai yang mampu menyediakan pengalaman visual yang terbaik. Paparan 6.89 inci tanpa takuk dan lubang ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 99.6%, dengan pengalaman visual yang menajubkan setiap kali mengangkat telefon mereka 

Selain itu, paparan cahaya ambien untuk pelbagai senario pada skrin dwi-lengkung peranti ini tampil dengan kebolehan mengecam irama muzik yang boleh meningkatkan lagi pengalaman audiovisual para pengguna. Pertunjukan cahaya boleh dilihat apabila pengguna memainkan muzik atau menerima panggilan. 

NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal dan mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody. Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan yang digelar Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik. In-Display Fingerprint Scanning membolehkan pengguna melangkah masuk ke dunia mudah alih mereka dengan cepat dan selamat. 

Pengalaman Pengambilan Gambar Yang Premium dengan Gabungan Tiga Kamera 

Pada bahagian belakang peranti NEX 3 terletaknya gabungan tiga kamera dalam satu panel bulat, menciptakan Lunar Ring Camera System. NEX 3 dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP, dan kamera teleskopik 13MP yang dilengkapi dengan keupayaan mengambil gambar dari segi wide-angle, telescopic dan macro. Sistem kamera ini amat mudah untuk digunakan dan dapat menghasilkan gambar definisi tinggi yang mampu menonjolkan lagi keindahan dan kejelasan sesuatu gambar. 

Pengguna juga boleh mencantikkan lagi gambar potret menggunakan salah satu ciri-ciri NEX 3 iaitu Portrait Master’s Hyper yang menyediakan HDR sehingga ke 7.65eV. Ia berfungsi untuk meningkatkan ketepatan jarak dinamik antara muka pengguna dan latar belakang untuk memastikan titik fokus jelas kelihatan menentang cahaya latar. Di samping itu, Pro Mode membantu pengguna menguasai fotografi tanpa memerlukan kit fotografi yang mungkin rumit untuk difahami dan berat untuk dipikul. 

Dengan kamera depan 16MP jenis pop-naik, NEX 3 tetap membawa gayanya yang tersendiri. Paparan sempurna FullView™ Display memastikan pengamalan swafoto yang unik. Sistem yang direka khas untuk kamera jenis pop-naik juga memastikan operasi kamera yang stabil. 

Prestasi Berkuasa Untuk Pengalaman Mudah Alih yang Optimum 

Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran terataas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Kapasiti bateri (4500mAh) membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa. Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat. NEX 3 disediakan dengan storan dalamn 256GB. 

Kecerdasan Buatan untuk Pelbagai Senario Pengguna 

Penolong kecerdasan buatan Vivo iaitu Jovi telah ditambah baik khas untuk NEX 3 untuk membolehkan pengalaman pintar yang optimum berdasarkan Vivo Computation Acceleration Platform (VCAP). Platform ini meningkatkan prestasi perkakasan, dari CPU, GPU, DSP ke NPU. Ia juga mengoptimumkan algoritma kecerdasan buatan, meningkatkan kecekapan, kelajuan, dan kelancaran ciri-ciri peranti tanpa memakan kuasa yang lebih. 

Dengan VCAP, tugas berasaskan kecerdasan buatan telah dinaik taraf. Jovi mempunyai beberapa aplikasi yang dinaik taraf termasuk Jovi Smart Scene yang menyokong tugasan harian, dan Jovi Image Recognizer yang kini lebih pantas dan tepat. Ia membantu pengguna mengkategorikan album, melakukan carian pintar, mengesan pemandangan dan wajah berkumpulan. Ia boleh menyempurnakan dokumen yang diimbas, dan banyak lagi. 

Masa Depan Audio yang Unggul 

Cip audio bebas AK4377A menyampaikan pengalaman Vivo Hi-Fi yang menakjubkan khas untuk kenikmatan audio yang unggul dimana para pengguna boleh menghidupkan semula konsert kegemaran atau merenung jauh sambil mendengar lagu kegemaran. 

NEX 3 dalam pilihan warna Glowing Night boleh didapati di Malaysia mulai hari ini dengan harga RM3,899.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vivo.com/my.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING