COLGATE RAIKAN HARI BEBAS KAVITI MASA DEPAN 2019 SEDUNIA



Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (Colgate) hari ini meraikan perjalanan mereka ke arah mencapai ‘Masa Depan Lebih Cerah dengan Kaviti Sifar’, bersama Persekutuan Bebas Kaviti Masa Depan (Alliance for a Cavity-Free Future, ACFF). Acara ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Bebas Kaviti Masa Depan 2019 Sedunia (World Cavity-Free Future Day, WCFFD 2019) dimana Colgate turut mengumumkan produk baharu, iaitu ubat gigi Colgate Perlindungan Kerosakan Gigi Maksimum Dengan Amino Power. 


Dengan statistik kajian yang membimbangkan dimana 7 daripada 10 orang kanak-kanak di Malaysia mengalami karies gigi, Colgate berusaha untuk menerapkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak dan ahli keluarga untuk mengambil berat terhadap penjagaan kebersihan mulut mereka melalui penggunaan produk dan usaha pendidikan. Kajian menunjukkan bahawa kesan kaviti akan menjejaskan kualiti hidup kanak-kanak dari sudut keyakinan diri, pembangunan sosial, kualiti tidur, gaya pemakanan, penglibatan di sekolah, dan juga keselesaan hidup ibu bapa. 

“Colgate komited terhadap falsafah penambahbaikan yang berterusan, terutamanya apabila melibatkan keperluan pengguna yang sentiasa berubah. Walaupun tidak diperkatakan secara meluas, pembentukan karies dan kaviti gigi dan juga perlindungan daripadanya merupakan salah satu penyakit paling serius yang perlu ditangani. Faktor ini mendorong pihak Colgate berkolaborasi bersama ACFF untuk meningkatkan kepentingan perlindungan kaviti dengan matlamat ‘Masa Depan Lebih Cerah dengan Kaviti Sifar’. Ini adalah kerana, kami yakin bahawa setiap orang berhak memiliki masa depan yang penuh keceriaan. Ini merujuk kepada visi utama Colgate melalui program ‘Bright Smiles, Bright Futures’ di mana kami telah memberikan pendidikan kesihatan oral dan pemeriksaan pergigian kepada lebih 1 bilion kanak-kanak di seluruh dunia sehingga kini. Program ini telah berjaya memanfaatkan seramai 4 juta kanak-kanak di seluruh Malaysia sejak 2010.” kata Corrado Giaquinto, Naib Presiden dan Pengurus Besar di Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd. 

“Dengan hampir 7 daripada 104 isi rumah pada masa ini menggunakan ubat gigi Colgate, dan menjadikan ianya jenama No. 1 di Malaysia5, kami berharap dapat menyumbangkan impak terhadap pengurangan karies dan kaviti yang akan membantu meningkatkan kesihatan orang ramai,” tambah beliau. 

“Ubat gigi Colgate Perlindungan Kerosakan Gigi Maksimum Dengan Amino Power mengandungi formula yang amat berkesan untuk perlindungan daripada karies dan kaviti. Formula ini mengandungi tiga bahan untuk melindungi gigi daripada karies dan kaviti dengan berkesan.

Ini termasuk Arginina, yang menyediakan nutrisi bagi bakteria yang melawan karies, menjadikannya lebih kuat serta melemahkan kesan bakteria tidak baik, sekali gus mengubah komposisi bakteria tersebut menjadi komuniti yang lebih sihat. Fluorida dapat melindungi gigi dari kehilangan mineral, mengekalkan kekuatan gigi dan juga kalsium dapat menambah mineral yang sedia ada dalam gigi. Ketiga-tiga bahan ini termasuk dalam ubat gigi Colgate baharu dapat menawarkan 4X Lebih Kuasa untuk Menguatkan Gigi,” ujar Amanda Klemm, Pengarah Pemasaran di Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd. 

“WCFFD 2019 merupakan misi oleh ACFF untuk menangani keperluan terhadap kesedaran global yang lebih tinggi terhadap karies dan kaviti gigi, yang disambut lebih awal pada 14 Oktober 2019 di Terengganu. Sokongan padu yang telah diberikan oleh pelbagai pihak menunjukkan usaha gigih secara kolektif dalam menangani isu tersebut, dan kami berasa bangga untuk memperluaskan inisiatif ini kepada rakan-rakan kami dari Lembah Kelang bagi memacu kesedaran yang lebih tinggi. Perkongsian kami dan tujuan yang sama dengan Colgate bakal memastikan bahawa setiap kanak-kanak yang lahir pada tahun 2026 dan seterusnya akan bebas daripada kaviti sepanjang hidup mereka. Inisiatif ini pastinya akan membantu merangsang langkah-langkah pencegahan bagi merealisasikan hasrat tersebut,” kata Prof. Dr. Rahimah Abdul Kadir, Pengerusi, ACFF – Bab Malaysia. 

Acara ini menyaksikan kehadiran dan sokongan oleh wakil-wakil dari Kementerian Pendidikan serta Pejabat Pendidikan Negeri, yang hadir memberikan ikrar untuk ‘Masa Depan Lebih Cerah dengan Kaviti Sifar’. 

Pecah Rekod bagi ‘Penyertaan Terbesar dalam Acara Berus Gigi (Pelajar Sekolah Rendah)’. 

Acara tersebut, yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yak Chee, Puchong, juga melibatkan percubaan untuk memecahkan rekod semasa dalam Malaysia Book of Records bagi ‘Penyertaan Terbesar untuk Acara Berus Gigi (Pelajar Sekolah Rendah)’. Seramai 3,200 pelajar dari sekolah berkenaan memberus gigi, sekali gus berjaya mencatatkan rekod baharu di Malaysia. Acara tersebut merupakan percubaan yang menyeronokkan apabila para pelajar, guru, dan sukarelawan dari Kelab Belia ACFF bekerjasama untuk meraih kejayaan memecah rekod. 

Meneruskan lagi sambutan yang meriah itu, Colgate juga mempersembahkan gubahan tersendiri terhadap lagu klasik dendangan zaman kanak-kanak Malaysia, iaitu ‘Bangun Pagi, Gosok Gigi’, dengan lirik yang disesuaikan untuk menekankan mesej nasihat tentang pentingnya melawan kaviti menerusi pemberusan gigi dan pengekalan rejim kesihatan oral dengan Colgate. Lagu tersebut disampaikan oleh artis cilik terkenal Malaysia, Alyssa Dezek. Acara ini turut dimeriahkan oleh penampilan artis-artis terkenal lain seperti Jihan Muse sebagai sokongan mereka terhadap usaha yang murni ini. 

Kolaborasi antara Colgate dengan ACFF telah memperkukuhkan usaha untuk membawa rakyat Malaysia bersama-sama berikrar demi masa depan yang bebas kaviti bagi kanak-kanak di Malaysia. Ini merupakan antara pelbagai langkah yang diambil oleh Colgate dan ACFF dalam mencapai ‘Masa Depan Lebih Cerah dengan Kaviti Sifar’. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook rasmi Colgate Malaysia di https://www.facebook.com/ColgateMY/


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI