ANGRY BIRDS SPLASH WATER WORLD AKAN TIBA DI MALAYSIA



Seiring sambutan ulang tahun Angry Birds ke-10, Rovio Entertainment telah bekerjasama dengan penganjur One Universal Production Sdn Bhd (OUP) untuk membawa rakyat Malaysia ke satu pengembaraan yang penuh keseronokan melalui Angry Birds Splash Water World pertama di dunia.

Pengumuman itu dibuat pada majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua syarikat hari ini. Konsep Taman Tema Air Angry Birds yang menarik ini merupakan inisiatif yang baik dan tepat pada masanya bagi Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020. The Angry Birds Splash Water World akan berada di SP Setia, Setia Ecohill, Semenyih sepanjang musim cuti persekolahan 2019 yang bakal tiba.

Idea tercetus pada tahun 2009 oleh syarikat Finland, Rovio Entertainment, Angry Birds bermula sebagai sebuah permainan mudah alih yang popular dan sejak itu berkembang dari aplikasi permainan ke pelbagai skop hiburan dan pelbagai produk penggunaan di bawah kelulusan perlesenan jenama.

Berikutan daripada sambutan mengalakkan terhadap filem Angry Birds Movie 2 baru-baru ini, Angry Birds Splash Water World diakatakan akan menjadi satu aktiviti yang bakal mendapat sambutan hebat selama dua bulan di Setia Eco Hill.

Watak-watak utama yang menjadi kegilaan kanak kanak termasuk Red, Chuck, Bom, Terence, Eagle Mighty, dan tentu saja, Hatchlings akan berada di Angry Birds Splash Water World.

Bersama-sama dengan berpuluh-puluh elemen Angry Birds yang lain, kami mengalu-alukan anda untuk merayakan Krismas dan menyambut Tahun Baru 2020 bersama kami. Angry Birds Splash Water World akan beroperasi pada tarikh tertentu selama dua bulan, bermula dari 22 November 2019 dan berakhir pada 5 Januari 2020.

Hanya 2,000 tiket akan dijual untuk pengunjung setiap hari. Ini bagi memastikan operasi berjalan lancar dan pihak penganjur mampu untuk memberikan pengalaman yang hebat untuk semua pengunjung. Kemuncak bagi Taman Tema Air ini adalah permainan gelongsor air Angry Birds dan halangan yang memaparkan Red, Chuck, Bom, Mighty Eagle dan Terence.

Antara gelongsor yang tertinggi adalah gelongsor berketinggian 12-meter yang pasti memberikan keseronokan berganda kepada para pengunjung. Terdapat juga perarakan watak-watak utama Angry Birds, sesi ramah mesra bersama peminat dan aktiviti menari untuk menghiburkan orang ramai.

Akhir sekali, kedai mudah alih Angry Birds akan menjual pelbagai jenis barangan eksklusif Angry Birds dengan harga yang berpatutan. Ini adalah satu lokasi yang sempurna untuk para pengunjung bagi membeli hadiah dan barangan untuk perayaan Krismas dan Tahun Baru.


Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai pembelian tiket, sila kunjungi ke laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/15739

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA