AYAM BRAND LANCAR SANTAN SUPER LIGHT, KINI 75% KURANG LEMAK!



Ayam Brand™ Santan Super Light baharu dengan 75% kurang lemak berbanding santan segar, tanpa berkompromi dari segi rasa dan aroma. Malah produk ini tetap padat dengan keenakan dan kebaikan berkrim santan asli. Santan juga bebas kolesterol berbanding dengan penggantinya seperti yogurt dan susu biasa. 

Dibuat Mengikut Citarasa Malaysia – Ringan dan Bebas Kolesterol 

Ayam Brand™ Santan Super Light adalah bebas kolesterol dan sebagai penyelesaian masalah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi iaitu 47.7% daripada populasi golongan dewasa. 

“Santan ialah satu bahan utama dalam hidangan rakyat Malaysia dan mereka sangat sukakan makanan yang enak. Kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan santan yang lebih ringan supaya lebih ramai orang boleh menikmati pelbagai makanan menggunakan bahan yang lebih sihat. Hasilnya ialah Ayam Brand™ Santan Super Light yang mengandungi 75% kurang lemak berbanding santan segar, sementara mengekalkan rasa dan aroma yang sama, tanpa kolesterol,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre. 

Beliau menjelaskan bahawa jenama ini mengutamakan kesihatan dan makanan yang baik dengan menawarkan ramuan lebih sihat. 

“Makanan Ayam Brand™ yang sihat, mudah dan enak tanpa bahan pengawet dan MSG merupakan sebahagian daripada identiti kami. Kami juga komited untuk mengekalkan warisan makanan dan menggalakkan penghasilan menu kulinari yang baru. Di sinilah Ayam Brand™ Santan Super Light boleh membantu dalam menjadikan resepi tradisional lebih sihat, selain menambah citarasa tempatan terhadap trend global,” jelasnya. 

Menghargai Kelapa, Makanan Superfood 

Pakar Nutrisi, Shermin Low dari MyKenZen, sebuah syarikat perunding nutrisi turut hadir untuk membetulkan stigma masyarakat terhadap hubungan di antara lemak kelapa dan kesihatan. 

“Lemak kelapa adalah antara jenis lemak yang sihat. Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa ia mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs). MCTs digunakan secara langsung di dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme, memberikan lebih tenaga dan menambah baik imunisasi kerana ia memiliki kandungan anti-bakteria dan anti-virus,” kata Low. 

Manfaat lain santan adalah ia bebas kolesterol, tinggi dengan serat, mengandungi Vitamin C, E, B1, B3, B5 dan B6. Di samping mineral seperti besi, selenium, natrium, kalsium, magnesium dan fosforus. Ia juga bebas laktosa yang menjadikannya ideal untuk golongan yang tidak boleh mengambil laktosa dan vegan. 

Beliau menyarankan bahawa memilih dan mengambil ramuan yang betul secara sederhana adalah kunci dalam memastikan kolesterol berada pada tahap sewajarnya, pada masa yang sama dapat menikmati hidangan enak. 

“Di sinilah produk seperti Ayam Brand™ Santan Super Light dapat memberi manfaat kepada pengguna yang mahu mengekalkan tahap kesihatan dan gaya hidup, tanpa perlu berkompromi dengan keenakan hidangan mereka,” jelas Low. 

Aroma dan Rasa Asli, Kini Lebih Ringan 

Ayam Brand memanfaatkan bakat ahli akademik kulinari dan pengkaji makanan, Chef Syafiq Othman dalam menunjukkan rasa serta aroma Ayam Brand™ Santan Super Light menerusi satu demonstrasi masakan dan merasa makanan melibatkan media dan influencer di Giant Bandar Kinrara, Puchong. 

Chef Syafiq menghasilkan pilihan hidangan warisan antaranya Gulai Mackerel, Bingka Labu, Lawa Terung, serta makanan yang menjadi trend zaman sekarang seperti Matcha Santan Boba Tea dan Seafood Laksa Spaghetti. Semua resepi ini boleh dimasak kurang daripada 30 minit menggunakan bahan yang senang didapati serta peralatan dapur asas seperti dapur gas dan pengisar. 

“Santan merupakan satu ramuan penting dalam banyak resepi. Ia mempunyai rasa yang berkrim, sedikit masin dan mempunyai aroma karamel yang tidak boleh ditiru oleh produk tenusu, susu soya atau susu kacang. Santan ialah elemen yang memberikan kari, rendang dan pencuci mulut tradisional rasa tambahan dan lemak yang enak. Bagaimanapun, lemak itu boleh jadi terlalu padat dan pekat, sebab itulah Ayam Brand™ Santan Super Light dihasilkan. Dengan 75% kurang lemak berbanding santan kelapa segar, ia dapat ‘meringankan’ hidangan anda tanpa mengorbankan aspek rasa, tekstur dan aromanya,” jelasnya. 

“Inovasi seperti Santan Super Light boleh membantu mengekalkan hidangan tradisional kita, menjadikannya tidak ditelan zaman dan relevan buat rakyat Malaysia yang semakin mengutamakan kesihatan tubuh badan. Ia juga menggalakkan generasi baru untuk meneroka dan bereksprementasi dengan warisan citarasa tempatan,” kata Chef Syafiq. 

Resepi Chef Syafiq yang menggunakan Ayam Brand™ Santan Super Light boleh didapati di www.ayambrand.com.my – lazat dan sihat. 

Penutup Lebih Bersih, Tidak Perlu Gunting atau Koyak 

Ayam Brand™ Santan Super Light didatangkan dalam kotak Tetra Pak 330ml yang lebih bersih dan mudah. Hanya perlu pusingkan penutup dan tuang, tidak perlu gunting atau koyak. Anda boleh tutup semula dan masukkan ke dalam peti sejuk, habiskan dalam tempoh tiga hari selepas dibuka. 



Harga runcit sepeket Ayam Brand™ Santan Super Light (330ml) adalah RM 3.10 dan kini ia boleh didapati pada harga promosi RM 2.95 sepeket di cawangan pasaraya Giant sehingga 31 Oktober 2019. Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di pasaraya di seluruh negara. 

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!