REPVBLIK & FRIENDS BAKAL JELAJAH 3 LOKASI DI MALAYSIA



Kumpulan muzik popular dari tanah seberang, Repvblik bakal melangsungkan konsert sulung besar-besaran di Malaysia di bulan Disember tahun ini. Dipersembahkan oleh A Loud Nation Entertainment Sdn Bhd, konsert ini bakal membawakan kumpulan yang cukup fenomenal dengan lagu hit Sandiwara Cinta untuk menemui peminat-peminat mereka di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.


Konsert sulung band yang mula aktif sejak tahun 2007 silam tersebut akan diadakan di KL Live, Live Centre, Kuala Lumpur dengan disertai oleh dua pemuzik yang tidak kalah hebatnya. Salah satunya adalah Andmesh yang hit Cinta Luar Biasa miliknya telah ditonton Iebih 161 juta tontonan di YouTube. .

Sebuah band yang tidak kalah hebat di Malaysia yakni Floor 88 adalah satu lagi 'teman' Repvblik yang akan menggegarkan pentas KL Live.


Tidak berhenti di Kuala Lumpur, Repvblik & Friends menuju Selatan tanah air, iaitu Johor Bahru pada 20 Disember 2019. Konsert di Johor Bahru pula akan diadakan di Persada, dengan sekali lagi hadir bersama 'tentera' yang sama iaitu Andmesh dan Floor 88.

Terakhir, pada tanggal 22 Disember 2019, Repvblik & Friends akan terbang ke Sabah dan bertemu penggemar mereka di negeri di Bawah Bayu itu. . Konsert di Sabah akan berlangsung dengan line up 'kawan-kawan' yang berbeza. Pengumuman akan dilakukan pada pertengahan bulan November 2019.


“Kami berbesar hati membawa Repvblik ke Malaysia bukan sahaja ke Kuala Lumpur tetapi juga ke Johor Bahru dan Sabah kerana yakin dengan muzik mereka yang selama ini cukup digemari oleh seluruh pencinta muzik. Konsep Repvblik & Friends dengan menggabungkan Repvblik bersama Andmesh, Floor 88 dan Jaz Hayat adalah sebuah bonus yang sengaja kami berikan kepada penggemar yang hadir kelak kerana pada harga yang sangat mampu, penggemar boleh menikmati 3 pemuzik di satu satu lokasi konsert berlangsung," kata Pengarah Urusan A Loud Nation.

Harga tiket konsert Repvblik & Friends di KL Live, Kuala Lumpur dan Persada Johor, Johor Bahru dijual pada harga RM188 pada 1 November 2019, dengan pembelian early bird berharga RM148 pada 25 Oktober 2019. Penjualan tiket akan bermula pada jam 10 pagi pada tarikh-tarikh tersebut. . Pembelian boleh dilakukan di www.myticket.asia atau sebarang pertanyaan boleh hubungi +603 8605 0195.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING