BUFET THAILICIOUS DI VASCO'S, HILTON KUALA LUMPUR



Bulan Oktober ini, Hilton Kuala Lumpur membawakan Thailicious, promosi makanan Thai di restoran Vasco’s. Boleh didapati mulai 10 – 31 Oktober 2019, promosi ini adalah kolaborasi Hilton Kuala Lumpur dengan hotel bertaraf lima bintang, Millennium Hilton Bangkok.

Restoran Vasco's, Hilton Kuala Lumpur

Promosi Makanan Thai Thailicious

Seafood on Ice 

Aneka Salad Thai yang enak

Ruang makan yang luas dan selesa di Vasco's

Diterbangkan khas dari Bangkok, Chef Nauwarat Worabutr dan dibantu oleh Chef Veerayod Tabkaew akan mempamerkan bakat kulinari di stesen masakan secara langsung (live station) di restoran tersebut.

Live Station Som Tam (Salad Betik Muda)

Live Station Phad Thai Goong (Phad Thai dengan Udang)

Bufet Thailicious akan menampilkan hidangan-hidangan Thai yang autentik lagi lazat seperti Tom Yum Goong (Tom Yum Udang), Tom Kha Gai (Sup Ayam Berkrim), Ikan masak Thai, Kari Merah Itik Panggang, Kari Hijau Terung (ayam dan daging lembu), Tauhu Masam Manis dengan Sayuran, Daging Cincang dengan Daun Selasih, dan banyak lagi.


Hidangan Thai yang autentik daripada chef-chef yang diterbangkan khas dari Bangkok

Kari Hijau Ayam dengan Terung

Makanan Laut Goreng dengan Cendawan dan Halia

Daging Lembu Cincang dengan Daun Selasih

Tauhu Masam Manis 

Kari Merah dengan Itik Panggang

Ikan Masak Thai

Pucuk Jagung Goreng 

Nikmatilah makanan jalanan (street food) yang popular seperti Som Tam (Salad Betik Muda), Pad Thai Goong (Pad Thai Goreng dengan Udang), dan Pulut Mangga yang disediakan segar di depan mata anda! 

Donat dan Puding Roti Mentega

Kek Labu Manis

Puding Kelapa

Dessert Station - Pulut Mangga disediakan di depan mata

Pulut Mangga 

Pelanggan bufet juga boleh mendapatkan urutan bahu Thai selama 10 minit secara PERCUMA, ihsan The Spa, Hilton Kuala Lumpur. Setiap pelanggan bufet akan menerima sekeping baucer diskaun 30% untuk digunakan di The Spa. 


Promosi terhad ini boleh didapati untuk makan tengahari (RM148nett seorang dewasa / RM68nett seorang kanak-kanak*) dan makan malam (RM188 nett seorang dewasa / RM68nett seorang kanak-kanak*). Penginap Hilton Kuala Lumpur boleh menikmati diskaun 15% untuk makan tengahari pada hari-hari bekerja dan  diskaun 20% untuk makan malam dan hujung minggu. Diskaun Hilton Dining juga boleh digunakan. 
*Kanak-kanak = berumur 5 - 11 tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://life.hiltonkl.com/thailicious-buffet

Untuk tempahan, sila hubungi talian +60 3 2264 2264 atau emel KULHI_FB@hilton.com

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI