SKECHERS TINGKATKAN ENERGI DI ACARA SNEAKERLAH



Skechers, jenama kasut kegemaran ramai telah mengambil bahagian di acara SneakerLAH, satu acara untuk penggemar sneaker yang terbesar di Malaysia. Kembali untuk tahun kelima, acara ini telah mengumpulkan pencinta-pencinta kasut sneakers dan fesyen jalanan dari serata Malaysia.


Untuk memeriahkan acara SneakerLAH, Skechers telah menghoskan beberapa aktiviti yang seronok di sana seperti petunjukan lukisan grafiti secara langsung oleh Cloakwork – seorang artis grafiti yang tidak asing lagi di Malaysia dan persembahan tarian yang lincah bergaya sinonim dengan tema Skechers iaitu Energize with Us. Terdapat juga permainan kinetik dan juga gerai foto untuk para pengunjung.



Sempena pameran SneakerLAH, Skechers bakal memperkenalkan koleksi kolaborasi eksklusifnya bersama LA Gear, sebuah jenama sukan old-school yang menampilkan rangkaian Slammer range – sneaker fesyen wanita pertama yang diinspirasikan oleh bola keranjang.


Skechers juga bakal memperkenalkan koleksi edisi terhad untuk ulang tahun rangkaian Energy, peneraju di dalam trend chunky sneakers. Di pameran SneakerLAH juga, para pengunjung boleh mencuba siri Skechers Stamina yang menggabungkan prestasi dan keselesaan dalam satu dengan teknologi memory foam. Dengan rekaan tapak unik dwi-tona dan gaya colour-block, Stamina adalah salah satu kasut yang paling mudah dikenali daripada jenama Skechers.


Ikuti Skechers di laman media sosial:
Facebook: https://www.facebook.com/Skechersmalaysia/
Instragram: https://www.instagram.com/skechersmalaysia/

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO ANGKAT TEMA ‘BERSAMA LAGI JADI’, BAWA BARISAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN DRAMA TERBAIK RAMADAN 2026

FENG SHUI MODEN: IKEA BAWAKAN IDEA UNTUK RUANG KEDIAMAN YANG LEBIH HARMONI DI TAHUN BARU CINA INI

AH BENG VS LIANG PO PO: PERTEMBUNGAN DUA IKON DARI DUA NEGARA DI TAHUN BARU CINA INI

TOMOK DEDIKASIKAN KASIH SAYANG KELUARGA DALAM SINGLE “BUAH HATI”