EYLIA GUNTABID PERKENALKAN SINGLE PERTAMA "AKU MASIH CINTA"



Eylia Guntabid memperkenalkan ‘Aku Masih Cinta’ sebagai single pertamanya. Eylia Eyre Guntabid, gadis Sabah yang berusia 17 tahun telah mengharumkan nama Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2019 di Long Beach, California, Amerika Syarikat. 

WCOPA, sebuah acara tahunan yang dilihat sebagai ‘Olimpik Seni Persembahan’ ini telah berlangsung pada bulan Julai yang lalu. Eylia adalah salah seorang dari 6 peserta yang terpilih mewakili Kontijen Malaysia. 

Setelah kembali dari WCOPA 2019, Beliau tidak menunggu lama untuk terus memulakan kariernya sebagai artis rakaman dan mula menjalani proses pemilihan lagu dan rakaman untuk single beliau. Lagu ‘Aku Masih Cinta’ telah dipilih sebagai single pertama Eylia sebagai seorang artis rakaman di bawah naungan Broadway Entertainment.


Lagu yang berentak ‘Power Ballad’ ini bersesuaian dengan kemampuan Eylia sebagai penyanyi yang banyak dipengaruhi elemen-elemen music R&B dan Soul. Lagu ini dicipta oleh Jasnie dengan lirik ditulis oleh Mah yang kedua duanya juga berasal dari Sabah. Susunan muzik dipertanggungjawabkan kepada Sharon Paul dan Boon Tan sebagai Penerbit Lagu ini mempunyai jiwanya yang tersendiri.

Eylia Guntabid, berasal dari Penampang, Sabah, mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian pada umur 11 tahun. Beliau telah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian kecil-kecilan di Sabah. 

Pada tahun 2016, beliau memberanikan diri untuk menyertai ujibakat Program Realiti Kanak-Kanak Ceria Popstar ketika berusia 14 tahun dan berjaya mara hingga ke peringkat Separuh Akhir. Bakat Eylia berjaya menarik perhatian Komposer Asmin Mudin (Kau Ilhamku, Gemilang), sewaktu menyertai Sugandoi Keamaatan 2019 di mana Eylia berjaya muncul sebagai Naib Johan. Segandoi Kaamaatan adalah sebuah pertandingan nyanyian sempena Pesta Kaamatan yang dianjurkan setiap tahun. 

Melalui Asmin Mudin, bakat Eylia diperkenalkan kepada pihak Broadway Entertainment dan pada awal Julai yang lalu, pihak Broadway Entertainment yang diwakili Penerbit dan Pengasasnya, Boon Tan, telah pergi ke Kota Kinabalu untuk menawarkan kontrak sebagai Artis Rakaman dan ianya dimeterai dalam sebuah majlis ringkas seminggu sebelum Eylia berlepas ke WCOPA.

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA

LAZMALL CATAT PERTUMBUHAN ENAM KALI GANDA, AI SUMBANG HAMPIR US$3 JUTA DALAM JUALAN ULANG TAHUN LAZADA

SANTAI, SIHAT & BERGAYA – FILA FUN RUN 2026 DI PUTRAJAYA