SHAKE SHACK MALAYSIA MERAIKAN PENSIJILAN HALAL DENGAN MENU BARU & KOLEKSI BATIK EKSKLUSIF



Shake Shack Malaysia baru-baru ini memperkenalkan produk baharu: Menu Steakhouse, Tiramisu Shake serta koleksi barangan edisi terhad Shake Shack x bATIKTEKTURA. Pelancaran ini sekali gus meraikan pencapaian penting apabila kesemua empat cawangan Shake Shack di Malaysia kini disahkan halal secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Acara pelancaran turut dihadiri wakil JAKIM, Shake Shack dan bATIKTEKTURA, menandakan komitmen berterusan Shake Shack Malaysia untuk mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati hidangan mereka. Mulai 12 Jun, menu masa terhad dan koleksi eksklusif ini akan ditawarkan di semua cawangan Shake Shack Malaysia — The Exchange TRX, Sunway Pyramid, KLIA Terminal 2 dan Pavilion Kuala Lumpur.

Semasa sambutan pensijilan halal rasmi Shake Shack Malaysia dan pra-tonton menu baharu di Shake Shack TRX, hadir bersama ialah Encik Imran Bin Abd Rahman (Penolong Pengarah, Bahagian Korporat & Advokasi, Pengurusan Halal JAKIM), Mr Lee Kwang – Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Shake Shack bagi Korea, Singapura & Malaysia, Puan Siti Noorhuda Binti Musa (Ketua Penolong Pengarah, Pengurusan Halal JAKIM), serta Mr Min Woo Hong– Pengarah Negara Shake Shack Malaysia.


Citarasa Steakhouse, Gaya Shack

Steakhouse Burger (RM32.00) hadir dengan keju cheddar putih, cendawan portobello, bawang goreng rangup dan sos horseradish peppercorn mayo. 


Hidangan ini dilengkapi Steakhouse Fries (RM19.00), kentang crinkle-cut klasik dengan sos horseradish peppercorn mayo, kepingan daging lembu dan daun bawang segar. Menu ini menggabungkan citarasa savouri dengan pendekatan premium Shake Shack terhadap comfort food.


Manisan Melengkapkan Hidangan

Tiramisu Shake (RM30.00) berinspirasikan kafe Itali, menggabungkan krim keju mascarpone, kopi dan kastard vanila, dihias dengan serpihan biskut ladyfinger serta taburan serbuk koko.


Batik Eksklusif Malaysia, Ditafsir Semula

Koleksi edisi terhad Shake Shack x bATIKTEKTURA menampilkan rekaan batik kontemporari yang mentafsir semula corak burger ikonik Shake Shack dari perspektif Malaysia. Diinspirasikan oleh corak batik tradisional, seni bina Moorish dan flora tempatan berteraskan bunga raya, koleksi ini terdiri daripada kemeja lelaki dan skaf bergaya.


Direka Khas untuk Rakyat Malaysia

Sejak pembukaan cawangan pertama pada 2024, Shake Shack Malaysia sentiasa memastikan operasi memenuhi piawaian halal — termasuk penyesuaian menu, perolehan bahan, peralihan pembekal dan pematuhan operasi mengikut garis panduan JAKIM. Pensijilan halal ini membuktikan komitmen Shake Shack Malaysia dalam memberikan pengalaman hidangan yang diyakini sepenuhnya, sambil mengekalkan kualiti bahan dan hospitaliti global Shake Shack.

Menu Steakhouse, Tiramisu Shake dan koleksi Shake Shack x bATIKTEKTURA akan ditawarkan di semua cawangan Shake Shack Malaysia mulai 12 Jun 2026, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web shakeshack.com.my

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

DAPATKAN TAWARAN RM6, KOLEKSI EKSKLUSIF OREO & BTS DAN POP MART DI SHOPEE 6.6

KEINDAHAN ORKID DI RESORTS WORLD AWANA: FESTIVAL BUNGA 2026 KINI BERMULA!