“DATO” S - KARYA TERBAHARU NABIL AHMAD DI ASTRO FIRST EKSKLUSIF



Setelah berjaya dengan percubaan pertama beliau menghasilkan senaskhah Filem Televisyen (FTV), “The Hantus” pada tahun lalu, pengacara popular tanah air, pengarah, pelakon dan penyanyi, Nabil Ahmad sekali lagi menzahirkan buah tangan terbaharu, “Dato” S yang bakal disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480), mulai 24 Oktober 2019. Untuk pilihan alternatif, ia turut boleh ditonton di platform digital ‘on demand’.

Filem arahan pengarah berbakat besar, Shahrol Esham ini merupakan idea asal Nabil sendiri dan diterbitkan oleh KMN Production Sdn Bhd dengan kerjasama Cinemalaya Sdn Bhd. Nabil turut bertindak sebagai Penerbit dan merupakan salah seorang yang terlibat secara langsung dalam penulisan skrip naskhah ini.

“Dato” S menampilkan pendekatan yang berbeza dan cukup berani apabila mengangkat isu-isu semasa yang membimbangkan dan kian berleluasa di kalangan masyarakat hari ini, terutamanya berkaitan dengan penipuan duit haram, isu “scammer”, penyamaran dan sebagainya. Berkonsepkan aksi-komedi dan plot penceritaan yang mendebarkan, “Dato” S diperhebatkan dengan kehadiran nama-nama besar industri sebagai tonggak utama seperti Kamal Adli, Puteri Aisyah, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz. Saksikan juga penampilan istimewa pelakon popular, Dato’ Jalaluddin Hassan bersama aktivis NGO, saudara Yusuf Azmi dan Penerbit Eksekutif “Dato” S, Dato’ Khairil Muzamil.


“Dato” S bakal bersiaran di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 24 Oktober 2019. Dengan hanya RM 15.00, penonton boleh menonton “Dato” S secara berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, FTV ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, ‘on demand’.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI