KONSERT EXISTS REUNION UBAT KERINDUAN PEMINAT



Konsert yang sekian lama dinantikan oleh seluruh peminat Exists akhirnya  dilangsungkan dengan jayanya di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September 2019. Kumpulan muzik yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991 ini tampil lengkap bersama formasi asalnya dalam konsert yang dibawakan oleh Shiraz Projects.

Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad.

Rangkaian 24 buah lagu yang dipersembahkan termasuk Anugerah, Janji Padamu, Percayakan Siti, Kapal Terbang Kertas, Bunga, Seperti Dulu, Masih Terserlah Ayumu, Dirantai Digelangi Rindu, Untukmu Ibu, Mama Tolong Percaya, Julia, Mengintai Dari Tirai Kamar, Langkah Seiringan, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Alasanmu benar-benar mengubat kerinduan mereka yang hadir.

Empat lagu terakhir iaitu Langkah Seiringan, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Alasanmu juga dipersembahkan secara duet oleh Mamat dan Ezad. dalam satu persembahan yang belum pernah disaksikan dalam sejarah kewujudan band ini! 










Foto kredit: Shiraz Projects

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)

TEAL ASIA DAN WATSONS MALAYSIA BERGANDING BAHU SEMPENA HARI PENGHAPUSAN KANSER SERVIKS SEDUNIA WHO — GERAKAN HARAPAN, KETABAHAN DAN TINDAKAN

TIKTOK SHOP TINGKATKAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UNTUK PMKS MENJELANG 11.11, PERTUMBUHAN 200% TAHUN KE TAHUN BAGI JENAMA DI TIKTOK MALL