ERA MENGUMUMKAN WAJAH BAHARU PERSONALITI ERA



Setelah berjaya harungi pelbagai tugasan dan cabaran Personaliti Top ERA, Muhammad Zahier Yusoff dinobatkan sebagai Juara dan ditawarkan kontrak dua tahun untuk memulakan kerjaya sebagai personaliti ERA pada masa akan datang. Selain itu, Zahier turut membawa pulang sebuah trofi dan menerima tajaan minuman Milo untuk satu tahun.

Pada finale hari ini, lima finalis yang disenarai pendek daripada 13 perserta, dinilai berdasarkan penghasilan video bertemakan ‘Personaliti Top ERA’ dan diadili menerusi sesi soal jawab yang membariskan juri-juri berpengalaman termasuk Nazri Noran, Pengurus Rangkaian Kandungan Jenama Radio Melayu Astro, Jessabell Soo, Penolong Pengurus Kandungan, Thinker Studios dan Syakireen Othman, Pengurus Digital, Rangkaian Kandungan Melayu Astro.

Juara Personaliti Top ERA, Muhammad Zahier Yusoff

Penjurian Personaliti Top ERA dibuat berdasarkan cabaran dan tugasan yang merangkumi penulisan skrip, penghasilan dan penyuntingan video di laman sosial, sesi bergandingan bersama personaliti ERA di udara dan acara lapangan bersama Dak Dak ERA.

Pentas akhir Personaliti Top ERA dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi berbakat Haqiem Rusli dan kumpulan trio terkenal tanah air, De Fam. Personaliti-personaliti ERA, Radin dan Hani Fadzil turut hadir selaku hos di pentas akhir.

Personaliti Top ERA yang bermula awal bulan Oktober membuka peluang kepada anak muda Malaysia untuk menonjolkan bakat di dalam dunia penyiaran radio. Tahniah kepada juara, Muhammad Zahier Yusoff!

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO