"ARTISTRY OF DIWALI" DI INTERMARK MALL, KUALA LUMPUR



Nikmati perhiasan perayaan unik yang disediakan di Intermark Mall yang turut menampilkan hiasan kolam dengan seni halus dan menakjubkan. Meraikan semangat perayaan Deepavali, Bulan Kopi Antarabangsa serta untuk menyampaikan mesej kelestarian, kolam unik di pusat beli-belah ini tersenarai di dalam Malaysia Book of Records bagi “Hiasan Burung Merak Replika Terbesar Diperbuat Daripada Serdak Kopi". 


Tarikan utamanya terdiri daripada rekaan hiasan seekor burung merak yang diperbuat keseluruhannya daripada bahan-bahan kitar semula, termasuk serdak kopi terpakai dan bungkusan kopi. 


Dengan kerjasama Fakulti Seni Rekaan UiTM dan Coffee2Fuels, sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada pengurusan sisa buangan, hasil seni ini mengambil masa sembilan minggu untuk disiapkan oleh 59 orang pelajar. Ia antaranya melibatkan proses untuk melunturkan serta mewarnakan serdak kopi, serta mengasingkan, mengecat dan menjahit bungkusan kopi terpakai bersekali dengan guni untuk menghasilkan bulu ekor burung berkenaan. 


Ketika sambutan Deepavali tahun lalu, hiasan perayaan Intermark Mall menampilkan kolam yang menggunakan fabrik kitar semula sepenuhnya. Artistry of Diwali menampilkan Bazar Utama oleh A DAY 一日商號 dan barangan hiasan menarik dengan warna ceria lainnya. 


Bermula dari 23 September hingga 27 Oktober 2019, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelbagai persembahan perayaan yang dibawakan oleh pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa Taylor's Kuala Lumpur, serta bengkel khas mempelajari seni henna, demonstrasi penggayaan saree serta lukisan gajah.




Juga, jangan ketinggalan untuk meninjau Bazar Utama oleh A DAY 一日商, Bazar Hiasan oleh Blue Eyes dan pameran hiasan rumah oleh Living Circles Concept untuk mendapatkan semua keperluan Deepavali anda. 


Tebus hiasan tapak lilin sebagai ganjaran dan sudah tentu, nikmati kopi yang baru diseduh di Dome Cafe, Dunkin Donuts, Grizzly, Paul, San Francisco Coffee serta McDonald's. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan "Artistry of Diwali" dan setiap aktiviti serta persembahannya, layari laman web intermarkmall.com, ikuti kemaskini semasa di laman Facebook rasmi Intermark Mall KL, akaun Instagram IntermarkMall atau hubungi pusat khidmat pelanggan di talian 03-21668170.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!