IJM LAND BAWA CERIA DEEPAVALI KEPADA YANG KURANG BERNASIB BAIK



Sambil kita menantikan perayaan Deepavali tahun ini, IJM Land telah menjadikannya suatu misi untuk mereka menghulurkan bantuan lalu menyampaikan kegembiraan kepada tiga buah keluarga yang kurang bernasib baik di Seremban dengan penganjuran program ‘Deepavali Charity Cheer’. Program yang dijalankan buat kali kedua ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan untuk penyediaan perayaan yang akan datang. 

Bersempena dengan perayaan Deepavali, IJM Land berharap agar orang ramai menanamkan kesedaran untuk menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukannya dan jangan kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik. IJM Land telah menyumbangkan bantuan kewangan berjumlah RM500 dan juga bantuan barangan runcit bernilai RM500 dengan harapan untuk membawakan sedikit perubahan dalam kehidupan keluarga yang dibantu. 

Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land Berhad berkata bahawa kita dikelilingi oleh mereka yang memerlukan perhatian, sokongan, dan kebaikan, oleh itu, inisiatif ini membolehkan orang yang kurang bernasib baik untuk berkumpul sebagai satu keluarga untuk menikmati perayaan dengan penuh rasa riang. 

“Di IJM Land, kami percaya bahawa tanggungjawab utama kami adalah untuk menyediakan kominiti dengan keperluan semasa musim perayaan, dan kami berharap bantuan kami dapat memberikan impak positif kepada kehidupan mereka,” kata Dato’ Hoo. 

“Perayaan apa sekali pun boleh menjangkau luar dari keselesaan rumah dan keluarga sendiri, dan oleh itu, kami berkumpul setiap tahun bersama mereka yang kurang bernasib baik sewaktu musim perayaan khas untuk menyebarkan kebahagiaan.” 

Inisiatif yang diketuai oleh Dato’ Hoo dan kakitangan IJM Land Berhad turut disertai oleh tetamu kehormat YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam (Exco & ADUN Nilai). Goodie bag yang mempunyai barangan runcit seperti beras, minyak masak, tepung, kuih, dan sebagainya telah diedarkan kepada ketiga-tiga keluarga untuk mengurangkan beban mereka dalam persediaan sambutan Deepavali yang akan datang. 

Selain itu, sejumlah sumbangan telah diserahkan kepada setiap keluarga dalam usaha untuk menggembirakan mereka sewaktu musim perayaan ini. Salah seorang penerima sumbangan tahun ini ialah Letchumy yang berusia 28 tahun, seorang pencuci pinggan di sebuah restoran di Seremban. Letchumy mempunyai 3 orang anak kecil berusia dari 5 ke 10 tahun yang tidak bersekolah akibat kesempitan kewangan dan kesusahan kehidupan harian. IJM Land menyediakan mereka dengan barang permainan, alat tulis, dan flashcards sebagai sumber pengetahuan. IJM Land juga telah berusaha dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memastikan anak bongsu Letchumy diberikan sijil kelahiran. 

Dato’ Hoo menegaskan bahawa bantuan yang diberi kepada mereka yang memerlukan melebihi sokongan kewangan, pendermaan atau sumbangan – tetapi juga mengunjungi mereka dan memahami keperluan dan latar belakang mereka untuk menghulur bantuan yang mereka perlukan. 

Dato’ Hoo juga menggalakkan orang ramai untuk mengambil inisiatif dan peluang untuk menyumbang dan membawa perubahan dalam komuniti yang kita mendiami, terutamanya semasa musim perayaan di mana kasih sayang diperlukan. 

“Untuk tahun kedua ini, kami di IJM Land tetap komited untuk membantu kesejahteraan komuniti melalui pelbagai inisiatif termasuk Deepavali Charity Cheer, dan kami berharap untuk kekal membantu pada masa akan datang untuk manfaat masyarakat dan negara,” kata Dato’ Hoo. 

“Kami berharap bantuan kami dapat meringankan beban keluarga yang kami bantu dan memberikan sedikit sebanyak harapan dan kesanggupan untuk mereka membuka langkah ke masa hadapan yang lebih cerah.” 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari http://seremban2.ijmland.com/



Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO